Sabtu, 13 Mei 2023

JUAL AGAMA BELI SEX


Kes Ebit Liew: Gambar dipercayai berunsur seksual tangkap layar aplikasi perbualan

SAKSI ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.

Beliau berkata selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.

“Sekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama ‘DCIM’ (menempatkan gambar itu).

“Manakala dalam gambar (tangkap layar) ini folder berkenaan tidak wujud,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Tenom hari ini.

Latifah berkata tarikh tangkap layar itu dilakukan boleh ditentukan, iaitu pada 7 Ogos 2021.

Nor Azizah: Jadi, maksudnya gambar itu mesti berada di dalam barang kes sebelum tarikh 7 Ogos 2021.

Latifah: Ya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 21 hingga 23 Jun depan.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama, 12 Mei 2023.



KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

PENJUAL AGAMA TERBONGGENG

KAH KAH KAH

NIAGA AGAMA

UNTUK BELI SEX

KAH KAH KAH

ENTOT BAIK 

ENTOT SUCI

ENTOT HALAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: