Sabtu, 13 Mei 2023

KERJA SUCI BAWA BALA


Saman terhadap guru meningkat

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyarankan supaya guru meningkatkan kefahaman mengenai literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lalu.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan diterima oleh organisasi berkenaan.

“Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas seseorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.

“Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka NUTP 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan.

“Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.

“Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2023.

MENGAJAR

KERJA SUCI

AMIN

KINI JADI GURU

BERPOTENSI

BAWA SAMAN

AMIN

USTAZ TAHFIZ

MULA MERABA

DULU TAK PERNAH

DI DENGAR

KINI BERITA BIASA

KAH KAH KAH

 TANDA TAMADUN

MAKIN PARAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: