Isnin, 7 Ogos 2023

AHLU UMNI CABUT LARI



Ahli UMNO keluar parti tak jejas sokongan – Calon Johol

KUALA PILAH – Tindakan beberapa ahli cawangan UMNO keluar parti tidak akan menjejaskan kekuatan jentera kempen calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman.

Malah menurutnya, jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) di bawah semangat Kerajaan Perpaduan mampu meneruskan kerja keras untuk mengekalkan kemenangan BN di kerusi tradisinya itu yang tidak pernah tewas sebelum ini.

“Saya ada terbaca beberapa ahli cawangan UMNO di bahagian Kuala Pilah telah keluar parti menyertai parti lain.

“Ini tidak menjejaskan langsung pergerakan jentera di Kuala Pilah kerana mereka ini bukanlah orang yang penting di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) atau kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempennya di Kampung Baru Dangi, Johol, di sini, hari ini.


Semalam, media melaporkan beberapa pimpinan UMNO peringkat cawangan di bahagian Kuala Pilah mengumumkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Sokongan itu dinyatakan secara terbuka oleh Naib Ketua Cawangan UMNO Kampung Cheriau, Mahadi Ishak dalam ceramah kempen pilihan raya di DUN Pilah, malam Sabtu lalu.

Mahadi menzahirkan sokongan itu bersama-sama dengan 12 orang lagi ahli cawangannya selain 20 lagi ahli cawangan Kampung Parit.

SOKONGAN

GEROMBOLAN

MAKIN MEROSOT

KAH KAH KAH

PASAI APA

AHLI LARI ?

AMIN

BENCI ANWAR

BENCI ZAHID

ATAU BENCI DAP

KHALAS

Tiada ulasan: