Sabtu, 26 Ogos 2023

ZAHID WAJIB TERUS MEMIMPIN



Kajian Ilham Center

tak boleh pakai,

hanya desak Zahid

letak jawatan – Puad
KUALA LUMPUR – UMNO sedar dan akui, malah sekali-kali tidak menafikan parti itu semakin hilang sokongan rakyat serta orang Melayu.

Bagaimanapun, ujar Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi, ada beberapa pihak termasuk NGO Ilham Center hanya menumpukan kepada alasan tertentu dalam analisis mereka.

Katanya, fokus mereka ialah Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi mesti letak jawatan, kononnya UMNO memerlukan pengganti atau tokoh baharu.

“Tetapi, Ilham Center tidak berani komited, jika Ahmad Zahid letak jawatan masalah akan selesai. Menurut Ilham, UMNO perlu perubahan total. Tidak pula dinyatakan perubahan apa?

“Yang mereka tahu Zahid perlu letak jawatan… Zahid perlu letak jawatan. Solusinya tidak ada,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Menurut Puad, masalah yang dihadapi Malaysia ketika ini ialah berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem.

Katanya, UMNO menjadi mangsa kepada wabak bahaya ini.

“Selagi politik ketaksuban ekstrem ini tidak berubah dan terus menjadi wabak yang bahaya, bukan sahaja UMNO, negara juga terancam.

“Sebab itu analisis Ilham Centre ada kelompongan. Politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.

WOIT

BETUL KALAU

KAJIAN TAK

DIMINATI

BUANGKAN SAJA

KAH KAH KAH

ZAHID WAJIB

TERUS 

JADI PRESIDEN

KAH KAH KAH

INI HARAPAN HADI

DAN MUHYIDIN

AMIN

APAKAH PUAD

INI AJEN PERIKATAN

DALAM 

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

AMIN 

Tiada ulasan: