Sabtu, 26 Ogos 2023

MELAYU SAKAU LAWAN MELAYU ISLAM


Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai


PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili gabungan PH-BN mampu menang dengan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai pada 9 September nanti.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Salahuddin Ayub dengan ahli Umno di kawasan itu selain jalinan hubungan sedia ada antara kepimpinan Umno di bahagian berkenaan dengan akar umbi PH.

“Untuk Pulai, saya mempunyai keyakinan kuat (mampu menang) kerana Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed ada hubungan baik sekian lama dengan rakan-rakan PH walaupun sembilan bulan lepas kita bertempur.

“...tetapi sekarang, beberapa program sudah disusun oleh beliau untuk menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham sendiri sering menyantuni ahli Umno jadi di Pulai ini agak mudah,” katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Johor, hari ini.

Katanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, jumlah undi yang diterima PH dan BN adalah lebih daripada 94,000 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN) hanya menerima kira-kira 20,000 undi.

Beliau turut menyifatkan keserasian dalam gabungan kerajaan perpaduan kini berada tahap tertinggi dalam menghadapi PRK Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, dan ia dapat dapat dilihat semasa proses penamaan calon berlangsung di kedua-dua kawasan itu pagi tadi.

“Namun kita perlu akui peringkat akar umbi perlukan sedikit waktu jadi dalam tempoh kempen harap kita dapat dipadukan dengan jentera rakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang mendakwa Umno bakal berkubur dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ahmad Zahid berkata beliau enggan melayan provokasi pemimpin PAS itu

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon PH, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh undi awal pada 5 September manakala hari pengundian pada 9 September. – Bernama, 26 Ogos, 2023.


JIKA 

GEROMBOLAN

MENANG

MAKNANYA 

MELAYU  SAKAU

MASIH KUAT

AMIN

JIKA PERIKATAN

MENANG MAKNANYA

MELAYU ISLAM

MAKIN MEREBAK

AMIN

BANGSA JOHOR 

SEDANG

BERTEMPUR

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Melayu Sakau vs Melayu Tholiban ..

Tanpa Nama berkata...

Banyak video TikTok mengenai anjing dibagi makanan oleh orang Melayu Isle, beratus ribu like, nampak gaya anjing dikhabar najis sudah terima sebagai makhluk ciptaan Allah swt, tetapi manusia sama bangsa sama agama berkeliaran cakar tikam kiri kanan kerana kuasa entah lah, kalau dulu tikus Kuching musuh tetapi sekarang dah jadi kawan ada video jugak, kurang kurang binatang sudah ada kesedaran lebih baik dari manusia bagus bagus akhirnya dunia ini akan menjadi milik binatang manusia pulak berubah sifat jadi binatang kerana takbur haram halal suci kafir kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau dapat peluang Melayu Isle akan jadi Melayu Sakau kah kah kah tak betul? Memang tak ada peluang lagi cuba bagi sekejap tengok dia sakau atau tidak? Hadi dapat 90 juta duit sakau atau tidak? Teruskan senyap kalau Bossku hulur 90 juta kah kah kah cuba Anwar hulur 100 juta akan terus senyap sampai kepalanya tak pusing lagi kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kat n9 geng sakai biduanda sakau menang

Tanpa Nama berkata...

Ada peluang sakau sakau sakau tak kira lah Melayu atau Isle kah kah kah kalau bagi TT peluang adakah akan sakau atau duduk diam diam saja? Tepuk cermin tanya diri dulu boleh tak? Cuma pandai sakau masuk nama orang lain macam Bossku letak nama Jo Lower kah kah kah lepas itu boleh kata kena TIPU kah kah kah