Rabu, 27 September 2023

IKUT CONTOH PEMIMPIN NEGARA





Bekas CEO anak

 syarikat kerajaan

 negeri didakwa lantik

 anak jadi 

Pegawai Kewangan
MELAKA – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan dengan melantik anaknya sebagai pegawai kewangan syarikat itu.

Amir Ali, 56, ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, telah menggunakan jawatannya untuk melantik anak perempuannya, Nur Hafizah, memegang jawatan Pegawai Kewangan W41.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di Jasin pada 1 April 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM7,000 hingga RM15,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sehingga kes selesai dan pasport diserah kepada mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork pula memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM3,000 memandangkan anak guamnya mempunyai 10 orang tanggungan dan telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dan membenarkan syarat tambahan serta menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama

WOIT

MAMAT NI IKUT

CONTOH PEMIMPIN

NEGARA KITA 

 YANG SUCI 

LAGI WARAK

AMIN

ANWAR LATIK

NURUL IZZAH

KAH KAH KAH

AMIR ALI LANTIK

NUR HAFIZAH

AMIN

DUA DUA SAMA

TANGKAP MAMAT NI

TANGKAP ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: