Rabu, 27 September 2023

KESIAN USTAD INI

 


Bicara Ebit Lew: 2 hari analisis pemacu pena dipercayai ada bahan lucah, kata saksi

SAKSI kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom hari ini bahawa beliau mengambil masa selama dua hari untuk menganalisis data di dalam pemacu pena yang dipercayai mengandungi bahan berunsur lucah.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata data diperoleh disimpan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan beliau turut menyerahkan laporan berhubung perkara itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan lepas.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama mengenai hasil analisis saksi terhadap barang kes yang diterima pada 9 Disember 2022.

Bagaimanapun peguam Ram Singh memohon agar keterangan saksi itu berhubung data yang diperoleh daripada pemacu pena dipadam sehingga pembelaan menerima salinannya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu dan memaklumkan Yip boleh disoal semula selepas pembelaan berpeluang meneliti serta mengkaji kandungan pemacu pena dan DVD-R berkenaan.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 9 Januari tahun depan. – Bernama, 26 September, 2023.

KESIAN USTAD

SANA SINI ADA

KES

KAH KAH KAH

KESIAN USTAD

NAK BUAT BAIK

KOTE KERAS

KAH KAH KAH

KESIAN USTAD

TENGOK BLU

SALAH KE ?

JENG JENG JENG

KHALAS

2 ulasan:

abuqassim berkata...

Nengok blu tkdo salah eh..
Yg salah bilo kono tangkap..
KAH KAH KAH

Amier The Hero berkata...

Kih kih kih kih.. halooo tt, ostad pun ado nafsu. Dio manusio biaso jugak. Bezo eh dio pandai bab agamo, bab nafsu samo ajo. Kekadang golongan² camni laie kuek ujian eh Allah swt bagi. Tu yg sampai ado bernafsu kudo gak jadi eh. Samo ajo kalu bab nafsu ni tt. Ado la hiburan sket, buleh la kito nonton kesah ustad noneh dan scud eh yg chomel tu!!! Kah kah kah kah...