Rabu, 20 September 2023

JANGAN JADI NATO !!!


Putrajaya hipokrit soal protes jalanan, kata aktivis, badan pemikir


PUTRAJAYA hipokrit apabila tidak membenarkan perhimpunan jalanan sedangkan ramai pemimpin dalam kerajaan Madani sekarang terlibat demonstrasi ‘haram’ sebelum ini, kata aktivis dan badan pemikir.

Mereka juga mempersoalkan sikap berdiam diri Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi ikon demonstrasi jalanan selepas dipecat daripada Kabinet pada 1998.

Minggu lalu polis menghalang sekumpulan petani dan wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada berarak menuju ke Parlimen. Kumpulan itu bagaimanapun berjaya melepasi penghadang dan menyerahkan memorandum kepada pegawai di luar bangunan Parlimen.

Hujung minggu lalu, penyokong Perikatan Nasional berkumpul di Kuala Lumpur sebagai protes terhadap Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) terhadap 47 pertuduhan rasuahnya.

Polis menolak penyerahan notis penganjur perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ atas alasan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penganjur tidak menyatakan beberapa butiran penting dalam notis pemakluman awal itu.

“Mereka tidak menyatakan butiran penting seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun.

Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjur yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini. Sepatutnya mereka lebih arif dalam notis pemakluman kepada polis,” katanya.

Susulan himpunan itu, polis sudah mengenalpasti 25 peserta dan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

Pengarah Program Iman Research Badrul Hisham Ismail berkata kerajaan Madani bersikap hipokrit kerana mencontohi kerajaan terdahulu.

Katanya, jelas reformasi bukan agenda utama Anwar.

“Ia adalah kemunafikan yang jelas. Alasan yang diberikan, terpulang kepada pihak berkuasa untuk bertindak, adalah alasan yang pincang,” kata Badrul.

Beliau berkata jika kerajaan mahukan lebih masa untuk melaksanakan reformasi yang dijanjikan maka mereka harus memberi garis masa yang betul kepada rakyat

“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu perkara lain. Kerajaan dan polis sepatutnya bantu perhimpunan itu.

“Adalah hak mereka untuk berhimpun secara aman dan ini ditegaskan oleh ramai pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini.

“Jadi sekarang, mereka harus beritahu polis untuk membantu menyelesaikan perkara dengan lancar dan mereka harus melindungi kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun ini,” kata Badrul.

Pemimpin PH seperti Anwar, Mohamad Sabu, Adam Adli dan Gobind Singh Deo memperjuangkan kebebasan bersuara serta mengetuai protes jalanan yang tidak terkira banyaknya selama ini.

Ramai pemimpin PH juga ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menganjurkan himpunan. Mereka juga sebelum ini mengkritik polis kerana menggunakan kekerasan untuk menyuraikan peserta himpunan. – 20 September, 2023.

WOIT

JAWABNYA SENANG

SAPA TAK SUKA

KERAJAAN

SUSUN ATUR

BUAT DEMO

AMIN

LAGI BESAR DEMO

LAGI CEPAT

KERAJAAN RUNTUH

KAH KAH KAH

JANGAN JADI

NATO

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

putrajaya yang mana yang yakin ke yang buat perkara itu.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Mat yankee membilang hari. Hari2 akhir seorang yankee. Tabah mencipta acronym. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

usah temberang la menipu melayu..kalo zaman madey kutty, dah lama korang jd jutawan ISA macam sakai isham rais..sakai sekarang sedang menyusun dan mencurah minyak serta garam agar dpt melakukan demo besar besaran..PSM dan memo plak mcm cerita keling..oit keling PSM, lu kawan dgn syed saddiq, pasal apa lu tak by hand je memo tu kat syed saddiq? sb nak nampak glamour kan?nasib baik khalid ismath xda, kalo tak dalam lama bini makan penampar sebab tak dpt masuk parlimen.

Tanpa Nama berkata...

oit melayu bangang..jgn membodohkan orang dgn ilmu sakai. perhimpunan tidak perlukan permit tapi perlu memberi notis.so pihak polis tahu siapa penganjur, kalo ada kerosakan siapa yg bertanggungjwb,kalo ada yg mati siapa yg wakilnya.lu orang tak join demo bersih ke? berbulan2 nak dptkan permit siap dpt demo 48jam lagi..kepala bana yg berckp pasal burung punai berbanding undang2 dan akal?isham rais dia tak ikut undang2 sb dia NGI..sakai adalah sosok perakam langkah sheraton yg menyorokkan diri dgn ayat khalwat..

Tanpa Nama berkata...

korang yg nak demo sb tak suka kerajaan itu ada calon perdana menteri kerala ke? bole bercakap pasal ekonomi ke? kalo haramkan demo isham rais, gua fikir sampai sekarang takda akta lompat pati..ayat klise, dunia ini adalah milik anak muda..hakikatnya, kuda trojan atok kerala asal keling.