Rabu, 20 September 2023

HARGA BERAS TEMPATAN TAK NAIK ?


Anwar jamin harga beras tempatan tidak naik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.

Perdana menteri berkata beliau telah mengarahkan menteri-menteri yang berkaitan untuk turun padang dan memantau harga barangan di pasaran memandangkan isu berkenaan tidak boleh diambil ringan oleh kerajaan.

"Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40%.

”Kita kena faham ini, dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40% dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini. 

Anwar yang juga menteri kewangan berkata berdasarkan teori bekalan dan permintaan perkembangan berkenaan sudah pasti akan mengakibatkan kenaikan harga barangan.

Justeru, kerajaan telah mengambil langkah dengan memberikan tambahan subsidi bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.  

"Jadi ikut teori  bekalan dan permintaan bila eksport dihadkan harga naik maka kita tambah subsidi untuk menjamin beras tempatan tidak naik harga," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Anwar mengulangi pendirian kerajaan campuran yang terbuka dan bersedia untuk berunding mengenainya seperti yang dilakukan bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Bahkan katanya beliau telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sebagai wakil daripada pihak kerajaan untuk mengetuai perbincangan mengenai perkara itu.

“Keputusan muktamad daripada menteri kewangan dan perdana menteri, seperti mana yang diluluskan Bera (Ismail Sabri) semasa dia menjadi perdana menteri, peraturan yang lebih kurang kita guna. Hendak peruntukan, bincang…runding, jangan sombong dan angkuh,” kata perdana menteri.

JIKA BENAR

INI BERITA BAIK

AMIN

KALAU PUTAR ?

JENG JENG JENG

APA NAK BUAT ?

JENG JENG JENG

AMIN

5 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Memang lah ghogho bogheh tompatan tak naik sobab bogheh tu dah ieleeek .. kok ado pon dah di bungkuih dongan jenama boghih impot. Tak cayo Lu tanyo Syed Mokthar kawan Kutti Kerala ..

Tanpa Nama berkata...

woi mat yakin... harga beras dah naik pun.. gila.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

senang je bro..kalo anwar putar, lu susun demo besar2an agar anwar dijatuhkan..oh ya, lu sendiri adalah ngi yg anti parlimen dan raja2. lu bole jadi pemimpin atau PM ke?

Tanpa Nama berkata...

ini klise bro..awal wahid isu DNAA zahid, kemudian lu hasut demo kerana harga beras walhal lu byk makan buah buahan..semuanya adala projek mengolah persetujuan utk menjatuhkan anwar ibrahim.dendam kesumat lu dgn anwar kerana ramalan lu gagal..oh ya, anwar hilang rumah rakyat, rumah pusaka lu dah digadai ke? saja bagi ingat, bukan semua melayu lupa dgn ilmu sakai..

Tanpa Nama berkata...

Apa macam kalau semua nak sabotaj nak seludup nak bongkarkan nak sorok nak selamatkan diri kah kah macam ada tak kena saja, kena fikir cerdik sikit sudah, semua tindakan kerajaan nampak macam disabotaj siapa buat siapa belakang tirai siapa buat kerja jahat dalam gelap? Mahathir atau Mahiaddin? Siapa siapa siapa?