Khamis, 14 September 2023

KAVADI MASIH DIPIKUL



Isu DNAA Zahid

 bola tanggung

 untuk pembangkang

 – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahidi daripada 47 pertuduhan akan dijadikan ‘senjata’ pembangkang.

Senjata itu akan digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, kata  Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelas Timbalan Presiden Pas itu, sebagai parti politik amatlah rugi sekiranya pembangkang tidak menggunakan isu itu untuk tujuan kempen.

“Saya rasa ia sebahagian daripada bahan kempen, siapa yang tidak ambil peluang ini rugi. Ini bola tanggung, bagi saya apa-apa isu yang menyebabkan kepentingan negara dan awam kita akan bawa dan saya yakin kerajaan tahu isu ini.

“Cuma bila yang dipertikaikan sekarang ialah kita perlu dapat penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara mengapa tidak teruskan pendakwaan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pelangai diadakan pada 7 Oktober ini dengan 23 September sebagai hari penamaan calon dan 3 Oktober hari pengundian awal.

Sebelum ini, penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri meramalkan isu DNAA  Zahid akan beri kesan terhadap PRK DUN Pelangai di Pahang.

Jelasnya, tidak mustahil pengundi di DUN berkenaan akan dipengaruhi oleh sentimen penolakan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu. 

    WOIT

KITA LIHAT

APA AKAN JADI

DI PELANGAI

AMIN

MELAYU ISLAM

LAWAN

MELAYU PENCURI

KAH KAH KAH

KALAU TALIBAN

MASUK JAMIN

MELAYU PENCURI

MENANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: