Khamis, 14 September 2023

MANA SUARA RAFIZI ?

Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen

AHLI Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghentikan spekulasi berkaitan isu timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan tanpa dilepaskan daripada tuduhan rasuah.

Hassan daripada PKR dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi ini mempertahankan Anwar yang didakwa tidak campur tangan dalam sistem kehakiman.

“Saya di sini untuk mempertahankan pemimpin saya dan perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan hakim atau kehakiman atas pembebasan ini. Dalam kes ini, peguam negara yang bertanggungjawab.

“Dibebaskan tanpa dilepaskan (DNNA) yang diberikan kepada Bagan Datuk adalah bidang kuasa peguam negara, dan sebaik saja mahkamah buat keputusan, saya tulis puisi. Saya berpuas hati dan peguam negara sudah tampil di hadapan jawatankuasa pemilih.

“Bila mahkamah buat keputusan, PM kita di Jakarta dan saya baca banyak laporan media beliau tidak campur tangan dalam keputusan itu.

“Demi keadilan, kita hendak dengar daripada PM secara langsung di Dewan ini supaya isu DNAA itu boleh diselesaikan,” katanya.

Hassan berkata beliau juga yakim dengan jaminan Anwar sebelum ini yang kerajaan tidak akan campur tangan dalam kehakiman.

“Jujurnya, saya hendak berkongsi di Dewan ini, ada masanya apabila saya bertemu sendiri PM kita, saya ada minta beliau memastikan sistem kehakiman kita bebas dan beliau setuju,” katanya.

Hakim Collin Lawrence Sequerah minggu lalu membenarkan permohonan pendakwa untuk membebaskan tanpa melepaskan Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Pihak pendakwa berkata permohonan itu bagi memberi laluan siasatan mendalam dilakukan bagi kes itu.

Pertuduhan dikenakan terhadap Zahid, 70, pada 2018 dan 2019.

Seramai 114 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula November 2019 selama 77 hari.

Mahkamah Tinggi pada Januari tahun lalu memerintahkan Zahid membela diri bagi semua pertuduhan. Beliau antara 15 saksi pembela yang memberi keterangan.

Hassan berkata beliau ada bertanya kepada Anwar adakah kes terhadap Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan berunsurukan politik.

“Saya hubungi beliau sendiri dan beliau berkata mereka bukan kes pendakwaan terpilih.”

Menjawab soalan ahli Parlimen pembangkang yang bertanya adakah Anwar boleh dipercayai, Hassan berkata beliau mempercayai Anwar sebagai rakan lama. – 14 September, 2023.

WOIT

MANA RAFIZI

MANA 

SUARA RAFIZI

AMIN

RAFIZI SOSOK

YANG TEPAT

PENGGANTI ANWAR

WAJIB BERSUARA

AMIN

RAFIZI TOLAK

NAJIB

AMIN

BAGAIMANA 

DENGAN

TOLAK ZAHID

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: