Ahad, 10 September 2023

UKRAINE MENUNGGU KALAH



Lebih 420,000 askar Russia berada di Ukraine

KYIV menganggarkan Russia menghantar lebih 400,000 askar di kawasan yang dikawalnya di timur dan selatan Ukraine, kata Timbalan Ketua Risikan Vadym Skibitsky.

“Russia mengerah lebih 420,000 anggota tentera ke wilayah kami yang pada masa ini dijajah, termasuk Crimea,” katanya pada sidang akhbar di Kyiv.

Angka itu tidak termasuk Pengawal Negara Russia dan unit khas lain yang mengukuhkan kuasa di wilayah Ukraine, katanya.

Skibitsky berkata sejak sebulan lalu Russia secara aktif melancarkan serangan dari Crimea.

“Dron dihantar di Crimea digunakan untuk menyerang pelabuhan kami di Izmail dan Reni,” katanya.

Pelabuhan itu digunakan sebagai hab alternatif eksport, khususnya sejak tamat urus niaga perlindungan eksport di Laut Hitam.

Ukraine melancarkan serangan balas di timur dan selatan pada Jun tetapi berdepan serangan ganas tentera Russia.

Tentera Kyiv turut melancarkan serangan di sekitar Kharkiv di barat daya, iaitu kawasan yang dapat dibebaskan tahun lalu. – AFP, 10 September, 2023.

WOIT

UKRAINE TUNGGU

KALAH

KAH KAH KAH

ATAU SIMPAN

HARAPAN ASKAR

AMERIKA AKAN

MASUK PERANG

JENG JNEG JENG

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Putera Rajo Kolantan kek mano nonggok eay sekarang .. kek Ukraine ko atau kek Rusiya.. ..