Sabtu, 25 November 2023

AMARAN TELAH DI BERI


Hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

HUJAN lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga Isnin ini (27 November).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Perak iaitu di Hulu Perak, Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak membabitkan kawasan Kerian; Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Manjung manakala Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan hingga Isnin ini. – Bernama, 25 November, 2023.



AMARAN

TELAH DIBERI

AMIN

APA YG WAJIB

DI BUAT PERLU

DIBUAT

AMIN

ANAK ANAK

JANGAN MAIN

DI LOPAK AIR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: