Rabu, 29 November 2023

BAGAIMANA DENGAN 1.22 JUTA YANG DAH MASUK TAK KELUAR ?




Aspek keselamatan negara tidak diabai dengan pengecualian visa, kata Anwar 

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.

“Ada Ahli Yang Berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan, maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara,” kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini. 

Sebelum ini Anwar berkata kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.

Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.  – Bernama, 29 November, 2023.




APA LANGKAH

APA CARA NAK

SELESAKAN 1.2 JUTA

WARGA CHINA

YANG DAH MASUK

TAK KELUAR KELUAR

AMIN

INI AKAN UBAH

BENTUK PENDUDUK

TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: