Rabu, 29 November 2023

FATWA TAN SERI


Kerajaan Perpaduan mungkin kalah PRU16 jika gagal tunai janji – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika gagal menunaikan janji-janjinya kepada rakyat sebelum penggal ini berakhir.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, kemungkinan itu boleh berlaku sekiranya Anwar tidak melakukan reformasi seperti yang dijanjikan.

Menurut beliau, janji-janji tersebut merangkumi doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, kebebasan sistem kehakiman, memerangi rasuah, tadbir urus yang baik, reformasi pendidikan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan agama.

“Kita berada pada persimpangan penting dalam sejarah negara ini.

“Adakah kita akan bangkit menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang hebat atau menjadi negara yang berpecah-belah, gagal dan kleptokratik?

“Ia akan ditentukan dalam masa tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada program dialog di Malaysia Hall, London semalam.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menambah, perspektif dan keutamaan politik kini adalah berbeza jika dibandingkan dengan semasa berjuang untuk kelangsungan politik dahulu.

Namun, beliau percaya, memandangkan kestabilan politik telah dipulihkan, masanya sudah tiba untuk Kerajaan Perpaduan melaksanakan reformasi dan janji-janjinya.

“Salah satu perkara yang saya pelajari daripada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah reformasi tidak boleh berlaku dalam masa yang singkat.

“Saya berharap mereka yang mengkritik Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar supaya memberinya masa tiga atau empat tahun lagi untuk menilai sama ada ia gagal melaksanakan janji-janji reformasinya pada PRU16,” jelasnya.

Kit Siang mengakui bahawa beliau sendiri tidak gembira dengan banyak perkara yang berlaku ketika ini namun setelah kestabilan politik berjaya dipulihkan, Anwar mempunyai masa tiga hingga empat tahun untuk menunaikan janji-janji reformasinya. – 

WOIT

KAH KAH KAH

TAN SERI

TAK PUAS HATI

KAH KAH KAH

REFORMASI DAH

JADI REFROMATI 

KAH KAH KAH

INI FATWA DARI

TAN SERI

KAH KAH KAH

TAN SERI DAH

RISAU TALIBAN

AKAN MENANG

KAH KAH KAH

WOIT

TAN SERI

TAK PERLU RISAU

KITA ADA RAJA

BOLEH MINTA

SEKALI LAGI

TUBUH KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup Ni mesti Ada wangwamsam

Cakap mesti clear

Password pun mesti clear..

Bagim semua orang fahammm

Jadim tak jadim itu belakang kiremmm


Kah kah kah