Selasa, 5 Disember 2023

ZAHID BOLEH DI DAKWA ?



Majlis Peguam mohon semakan mahkamah keputusan AG dalam kes Zahid

MAJLIS Peguam Malaysia memohon kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyemak keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dalam kes rasuahnya.

Presidennya, Karen Cheah berkata mereka memohon semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara (AG) pada 4 September lalu.

“Setelah mempertimbang fakta kes Zahid, Majlis Peguam mengambil jalan perundangan ini sebagai sebahagian daripada kewajipan berkanunnya untuk menegakkan keadilan tanpa dipengaruhi oleh rasa takut atau pilih kasih.

“Tidak boleh dipertikaikan perbicaraan Zahid bermula lebih empat tahun lalu pada 18 November 2019, di mana ada kes prima facie,” katanya dalam satu kenyataan.

Cheah berkata dengan 77 hari perbicaraan sudah berjalan dan saksi ke-15 Zahid memberi keterangan, kes itu dalam peringkat pembelaan pada 4 September 2023.

Ini, katanya apabila dakwaan dibuat peguam negara bahawa siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperlukan berdasarkan beberapa representasi yang dibuat oleh Zahid pada Disember 2022, tiga tahun selepas kes itu bermula.

“Badan peguam berpandangan budi bicara peguam di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan adalah tidak mutlak dan harus terbatas serta boleh dihakimi oleh mahkamah.

Kata Cheah, kes Zahid berkait kepentingan awam kerana ia melibatkan pertuduhan  pecah amanah, jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap individu yang berkuasa ketika didakwa. – 4 Disember, 2023.


LANGKAH TEPAT

DARI 

MAJLIS PEGUAM

AMIN

RAKYAT NAK TAHU

JIKA KERAJAAN 

TUMBANG APAKAH

ZAHID BOLEH

DIDAKWA KEMBALI?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: