Khamis, 25 Januari 2024

HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM



Kabinet setuju penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen selepas ini

BANGI – Kabinet bersetuju agar perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen selepas ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menurutnya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Apa yang sudah dibincangkan dalam Kabinet tadi bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak. Ia tidak bermaksud begitu.

“(Tapi) kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen. Iaitu mereka akan mencarum kepada KWSP dan kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana lazim dilakukan kepada kakitangan swasta.

“Mana-mana yang layak, juga diberikan sumbangan PERKESO. Sebab itu langkah jangka panjangnya, penjawat awam yang baharu akan diambil cara begitu. Tapi yang sedia ada sekarang masih diteruskan, tetap dan berpencen. Saya ingin jelaskan, itu yang baru saja (tiada pencen),” katanya.

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.

“Tentunya ini akan memberikan bebanan jangka panjang kepada kerajaan khususnya Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) apabila portfolionya besar kemungkinan tidak mampu untuk membuat pelaburan bagi memberikan dividen atau pulangan sepatutnya,” ujarnya.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Ketika ini, semua penjawat awam diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap selepas bersara atau mencarum KWSP.

Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara,  Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA),  Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Semalam, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Langkah itu dimaklumkan Wan Ahmad Dahlan menerusi satu pekeliling yang dilihat media semalam.

Beliau dilaporkan berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen. – 



WOIT

INI DAH BERAT

GAMIN TAKDA DUIT

AMIN

PEKERJA TAKDA

PENCEN

KAH KAH KAH

POLIS GURU

ASKAR MACAM

MANA ?

AMIN

INI HADIAH 

TAHUN BARU

UNTUK PENJAWAT

AWAM

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mulakan dengan ahli politik dan menteri-menteri.