Khamis, 25 Januari 2024

MCA SAMA MARAH



Mansuh pencen: Jangan tolak rakyat dulu
KUALA LUMPUR – Sepatutnya menteri dan wakil rakyat yang mendahului penjawat awam dalam pemansuhan skim pencen yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon berkata, beliau akui kerajaan terpaksa menanggung beban kewangan yang berat.

Namun, katanya, jangan menolak rakyat ke depan dulu.

Apatah lagi, sektor kesihatan negara masih mengalami kekurangan staf seperti doktor dan jururawat yang serius.

Tegasnya, isu ini akan semakin teruk sekiranya rakyat tidak mahu berkhidmat dengan pemansuhan pencen dan tawaran kontrak ini.
/
“Skim gaji juga perlu dikaji semula bagi memastikan perkhidmatan awam kita kompetitif. Sebarang dasar dilaksanakan perlu ditelitikan dan memastikan ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula dasar tersebut dan janganlah hanya melibatkan pencen penjawat awam sahaja.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen selepas ini.

 Zahid Hamidi memberitahu, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Menurutnya, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – 


WOIT

PARTI CUKONG

SAMA MARAH

KAH KAH KAH

KENAPA ZAHID

YANG UMUM

KAH KAH KAH

ABANG NON

NAPA TAK UMUM

TAKUT KENA

TIBAI KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hentikan budaya biawak hidup!