Isnin, 5 Februari 2024

JASA NAJIB


Asas pengurangan hukuman Najib kerana sumbangannya kepada negara – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini menjelaskan lebih terperinci berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terhadap  Najib Razak selepas hukuman penjara dan denda ke atas beliau dikurangkan baru-baru ini.

Anwar Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri keenam itu mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Lembaga Pengampunan walaupun baru setahun lebih menjalani hukuman penjara.

Beliau turut menafikan pendapat mengatakan perlu ada tempoh minima dipenjara tiga tahun untuk buat rayuan sebaliknya mana-mana banduan kali pertama boleh memulakan rayuan tersebut sebaik dipenjara.

“Kemudian diberikan penjelasan proses badan kehakiman, apa kes, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes-kes dalam proses, semua itu dijelaskan dan kemudian masing-masing beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.

“Bagaimana hendak salahkan Perdana Menteri, Agong atau pun Peguam Negara, Lembaga Pengampunan dan itu tidak berbangkit. Itu prosesnya dan kita terima Perlembagaan dan ini bidang kuasa yang diberikan sejak merdeka,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar menambah, keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman kepada Najib dibuat atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong atau disebut sebagai mercu keihsanan.Beliau berkata, pertimbangan yang besar bukan undang-undang kerana ia proses yang dilaksanakan badan kehakiman sehingga Mahkamah Persekutuan.

“Pertimbangan utamanya soal ehsan dan apa yang disebut Yang di-Pertuan Agong itu mercu keihsanan.  Sama ada Tuanku Baginda memilih untuk memberi penjelasan atau tidak, itu wewenang Tuanku.

“Saya hendak jelaskan Lembaga Pengampunan harus beri pandangan dan apa hak mana-mana banduan atau tahanan mengemukakan pandangan. Itu Perkara 113 dan jelas tanpa kecuali boleh mengemukakan rayuan.

“Dalam kes ini, Perdana Menteri perlu memastikan rayuan itu perlu didengar. Memang saya akui tanggungjawab itu tetapi kalau ditanya mengapa Perdana Menteri mengambil sikap untuk mengemukakan rayuan ke  Najib terlalu awal. Saya kata, sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon Lembaga Pengampunan bicarakan.

“Jadi agenda 10,9 termasuk satu atas usul diberikan pertimbangan oleh Lembaga Pengampunan. Mesyuarat Lembaga yang pertama pada 9 Disember lalu dan saya hadir kerana masih bertanggungjawab dalam isu Wilayah Persekutuan dan mesyuarat yang berikut Dr Zaliha (menteri) yang hadir.

“Peguam Negara hadir dalam semua mesyuarat dan proses itu mengikut kaedah yang saya hadir dengan apa asas rayuan yang selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup sebelum itu, keluarganya, kehidupan di penjara, jasa dan khidmatnya baik kepada keluarga atau pun masyarakat atau dalam kes  Najib ini sumbangannya kepada negara perlu dipertimbangkan,” katanya. –




KAH KAH KAH

WOIT

NAJIB ADA

JASA

KAH KAH KAH

POLIS YANG

DI TANGKAP 

MEROGOL

ADA JUGA JASA

PADA NEGARA

AMIN

DIA TANGKAP

PENDATANG HARAM

AMIN

APAKAH BOLEH

MINTA AMPON

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyakk juga jasa najib dari lim guan eng atau mat sabu..