Isnin, 5 Februari 2024

SAH - ADA GERAKAN TERAJANG ZAHID



Ketua UMNO bahagian di NS tidak terlibat gerakan guling Ahmad Zahid - Jalaluddin

SEREMBAN - Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias mengesahkan tiada ketua bahagian parti itu di negeri berkenaan terlibat dalam gerakan menggulingkan Presiden UMNO.

Beliau berkata, buat masa ini tiada satu pun daripada lapan ketua UMNO bahagian di negeri terbabit yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan tertinggi parti.

"Kita (Negeri Sembilan) ada lapan bahagian saja dan tiada satu pun dalam kalangan mereka yang menyuarakan atau menggambarkan mempunyai tanda-tanda tidak puas hati kepada kepimpinan tertinggi parti.

"Saya dah sebut berkali-kali yang kekuatan dan keutuhan UMNO di Negeri Sembilan, Insya-ALLAH tidak lagi diganggu gugat oleh mana-mana pihak dan saya yakin dengan kepimpinan UMNO di negeri ini, apatah lagi dengan kerjasama serta sokongan solidariti ketua-ketua UMNO bahagian dan pimpinan di seluruh bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan wujud gerakan menggulingkan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi yang diusahakan ketua bahagian parti itu.

Ujarnya lagi, sama seperti parti lain, sememangnya bukan semua yang bersetuju dengan ketua pimpinan parti mereka.

Bagaimanapun, katanya, kesepaduan dan persefahaman parti terbabit di semua peringkat ketika ini adalah amat baik.

"Saya boleh sahkan bahawa kekuatan UMNO sekarang terutama yang berkaitan dengan kesepaduan di semua kepimpinan sama ada Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri mempunyai satu persefahaman yang sangat baik dan tinggi.

"Cumanya jika ada kes terpinggir, itu saya tak maklum dan saya fikir itu tidak akan jejaskan parti," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Ahmad Maslan, dilapor turut menafikan dakwaan terdapat usaha menggulingkan Ahmad Zahid oleh ketua-ketua bahagian parti itu.

TERBUKTI SAH

ADA PROJEK

TERAJANG ZAHID

AMIN

UNTUK

 SELAMATKAN

PARTI  UMNO

AMIN

DEMI KERJAAN

SELAMAT ZAHID

WAJIB DI GANTI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ganti zahid dengan siapa ? kah kah kah