Khamis, 1 Februari 2024

PUAD TIBAI RAFIZI


Hassan patut cermin diri sendiri – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, D Puad Zarkashi membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang meminta UMNO supaya mengantikan presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi.

Puad turut menyifatkan Hassan sebagai ahli PKR yang ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan parti sekutu itu.

“Hassan patut cermin diri sendiri. Sepatutnya dia desak PMX  tukar menteri PKR yang tidak perform. Apa kejayaan Rafizi (Ramli) untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar PADU?

“Jangan lupa Premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap Menteri Pendidikan dari PKR. Patut Hassan desak PMX buat penilaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Hassan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan selagi ia dipimpin Ahmad Zahid masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Dalam pada itu, Puad menegaskan, PKR tidak perlu masuk campur dalam urusan UMNO kerana pemilihan Ahmad Zahid sebagai presiden telah ditetapkan oleh akar umbi parti.

“UMNO tidak campur urusan PKR bila Rafizi menang jawatan Timbalan PKR yang kononnya tidak telus. Hassan jangan hipokrit soal terpalit, UMNO turut terpalit dengan formula kosong Rafizi. Ringgit tetap jatuh. Harga barang tidak turun. Jangan buta sebelah,” katanya lagi. – 

WOIT

KAH KAH KAH

PUAD TIBAI

RIFIZI

KAH KAH KAH

RAJA FORMULA

JADI RAJA KOSONG

KAH KAH KAH

PUAD TAK SEDAR

PMX NAK BUNUH

RAFIZI TU PASAL

DIBERI MENTERI

ENTAH APA APA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: