Khamis, 15 Februari 2024

TOMATO NAIK HARGA

 


Kurang bekalan, permintaan tinggi faktor harga tomato naik


BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang, S Jegan.

Beliau berkata, berdasarkan kutipan harga runcit tomato yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga pada Januari hingga semalam di 40 pasar basah dan 31 pasar raya terpilih di sekitar negeri itu, harga terendah yang dijual ialah RM6 dan tidak melebihi RM10 sekilogram bergantung kepada saiz sayuran itu.

Harga borong tomato yang dicatatkan semalam katanya, adalah kira-kira RM5.30 hingga RM6 sekilogram dengan pemborong mengatakan kenaikan kos belian telah berlaku pada 9 Februari lalu, mencecah RM6.70 sekilogram.

"Untuk makluman, tomato yang dijual di pasar basah di negeri ini kebanyakannya diperoleh dari Cameron Highlands, manakala yang dijual di pasar raya pula diimport dari negara jiran serta tanaman organik.

WOW

NAIK HARGA

LAGI 

AMIN

MINGGU LALU

GUA RAKAM 8.80

WOW

NAIK LAGI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita tomato cerita cili cerita seluar dalam cerita seluar Superman semuanya membantu dalam mendesak kerajaan supaya prihatin kah kah kah, cerita Palestin mendewasakan Yahudi ataupun DAP kalaulah setakat cerita cerita tidak memberi sebarang makna buta duit buta akal buta huruf akhirnya kosong belaka kah kah kah