Khamis, 21 Mac 2024

BATAL LESEN - LANGKAH TEPAT



Pembekal stoking tertera kalimah Allah terima notis batal lesen, tutup operasi

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Syarikat Xin Jian Chang adalah pembekal stoking yang tertera kalimah Allah ke KK Mart sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

MPBP berkata, penyerahan notis itu susulan perlanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh MPBP iaitu stor dan pengedar kasut.

Penyerahan notis itu disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP di Menara MPBP hari ini.

“Tindakan ini di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13(2) dan Undang-Undang Kecil 49(2) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaana dan Perindustrian MPBP 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Xin Jian Chang, Soh Hui San telah menerima notis tersebut.

Sabtu lalu, pemilik syarikat tersebut, Soh Chin Huat berkata, stoking dengan kalimah Allah itu diimport dari China.

Stoking itu dikatakan tiba di kilangnya di Batu Pahat pada tahun lalu. – 

WOIT

LANGKAH TEPAT

AMIN

BAGAIMANA PULA

KK MART ?

AMIN

TERLEPAS KE ?

ADA DEAL BAWAH

BANTAL KE ?

KAH  KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: