Rabu, 13 Mac 2024

TIGA LOMBONG MILIK NAJIB DI MONGOLIA


Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menerima wang daripada  SRC BVI berjumlah AS$15 juta dan memindahkannya kepada beberapa individu terkemuka.

Pengarah Urusan Quantuma International, Angela Barkhouse melalui pernyataan saksinya berkata, syarikat Muraset Limited menerima dana tersebut pada 27 Disember 2011 dan AS$40,000 dipindahkan kepada Battushig Batbold iaitu anak lelaki bekas perdana menteri Mongolia, Sükhbaataryn Batbold.

Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.

“AS$4.5 juta dipindahkan kepada pengarah Muraset, Cheong Choo Young iaitu proksi Batbold (Battushig) manakala isterinya Kim Hak Seon menerima AS$1.4 juta.  Namun perniagaan Muraset bagaimanapun tidak diketahui,”katanya.

Wanita itu berkata demikian semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Islands dalam kes saman AS$1.18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri  Najib Razak di hadapan Hakim  Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Barkhouse, saksi kedua SRC itu berkata, pada mulanya Muraset menerima dana daripada SRC BVI sebagai bayaran untuk tiga juta saham dalam Gobi Coal Energy Limited di Mongolia di mana Gobi Coal memegang hak ke atas dua lombong di Mongolia.

“Walaupun ini kelihatan sebagai transaksi yang dilakukan mengikut pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber, pemerolehan saham ini dijalankan tidak mengikut aturan yang wajar.

“Nampaknya pemindahan ke Muraset atau Gobi Coal itu kekurangan nilai komersial. Tiada asas bagi pembayaran ini dikenal pasti dan menunjukkan bahawa ini adalah mekanisme untuk mengalihkan dana kepunyaan SRC International,” kata Barkhouse.

Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman sivil dengan mendakwa Najib (defendan pertama) menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana tersebut.

Selain Najib, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dinamakan sebagai defendan kedua.

SRC, yang juga anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. 

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama

WOIT

CUKUP MENARIK

BERITA INI

AMIN

 DI MONGOLIA

ADA TIGA LOMBONG

MILIK MALASIA

KAH KAH KAH

LOMBONG ARANG

UNTUK TENAGA

AMIN

DUA LAGI LOMBONG

MILIK ALTANTUYA

AMIN

LOMBONG MULUT

LOMBONG JUBO

DUA DUA MILIK

NAJIB

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau masuk mahkamah semuanya akan keluar, sebab itu ramai berusaha tidak mahu masuk mahkamah, kah kah kah berapa ramai lagi? Kalau Najib buat sesingkat masa apakah orang-orang lain tidak buat sedemikian? Kalaulah masuk mahkamah kita dianggap paling terbaik dalam arena dunia dalam percaturan curi berbilion atau sampai trillion gaj kah kah kah