Rabu, 3 April 2024

TEATER PENGGANAS ISRAEL DISAMBUNG LAGI



Polis tak boleh dedah kaedah 6 pistol diterima warga Israel – KPN

“Kita tidak boleh mendedahkan kaedah senjata itu dibekalkan pasangan suami isteri itu kepada suspek Israel berkenaan buat masa ini kerana pendedahan maklumat secara terperinci dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

“Pada masa ini, kita tidak dapat dedahkan bagaimana suspek berhubung dengan pasangan suami isteri terbabit dan sebagainya kerana ia boleh merosakkan siasatan kami.. jadi kami tak mahu mendedahkannya kepada semua..

“Namun apa yang boleh saya sahkan mereka sebenarnya saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum urus niaga pembelian senjata api dijalankan tetapi pasangan itu bertanggungjawab membeli semua senjata itu di Thailand dan mengedarkan kepada suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan terkini kes tersebut di Bukit Aman hari ini.

Beliau dalam perkembangan sama menambah pihaknya sangat khuatir sekiranya perkara ini didedahkan, ia akan merosakkan siasatan.

“Pada masa sama, kita juga tidak dapat mendedahkan faktor cara senjata itu diserahkan dan cara pembayaran dibuat kerana ia juga akan menjejaskan siasatan kami.

“Di sini saya kena mengakui walaupun kita memperketatkan kawalan di sempadan negara, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.

“Ada juga kelompongan sehingga berlaku penyeludupan dadah, senjata api dan lain-lain kontraban yang disebabkan lokasi kedudukan sempadan yang dipisahkan hanya sebatang sungai selain faktor musim tengkujuh yang mana penyeludup dari Thailand boleh masuk ke negara dengan begitu mudah dan sebaliknya,” katanya lagi.

Sebelum ini, polis merampas enam pucuk pistol daripada suspek Israel yang ditahan di Jalan Ampang ibu negara 27 Mac lalu disusuli pasangan tempatan bersama sepucuk pistol dalam kereta jenis Honda Jazz di kediamannya.

Enam pistol yang dirampas daripada Shalom oleh polis adalah jenis Sig Sauer, Smith & Wesson, Glock dan 200 butir peluru. 


KAH KAH KAH

PASAI APA

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sig sauer glock smith wesson semua brand yg mesia beli dan guna..tanya mindef...hahaha...isap isap isaputting..