Isnin, 8 Julai 2024

BULI SIBER ?




Kabinet bincang ancaman buli siber minggu ini

ISU buli siber di platform media sosial akan dibentangkan kepada Kabinet pada Jumaat bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata selain melaporkan insiden melibatkan seorang influencer di aplikasi TikTok, yang didakwa membunuh diri akibat buli siber, pembentangan itu turut diminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak hanya melaporkan apa yang berlaku, tetapi mengambil tindakan, terutama jika kita perlu meminda undang-undang, dan apakah kelemahan semasa,” katanya, lapor Bernama.

Isu buli siber kembali hangat diperkatakan berikutan kes bunuh diri seorang pempengaruh TikTok selepas menjadi mangsa buli siber,

Mayatnya ditemui di rumahnya, kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu. Dia berumur 29 tahun.

Fahmi melawat keluarganya semalam, meyakinkan mereka bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu buli siber.

Beliau berkata, masalah utama dalam menangani buli siber ialah kebanyakan pelaku berselindung di sebalik akaun palsu, menyebabkan mereka sukar dikenal pasti.

“Salah satu aduan yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi daripada polis ialah akaun yang terlibat dalam pelbagai aktiviti kesat berselindung di sebalik akaun palsu, menyebabkan sukar untuk mengenal pasti individu yang membuat komen, atau terlibat dalam penipuan itu,” katanya.

Fahmi berkata bahawa keluarga mangsa telah membuat laporan polis, dan kementerian telah menghubungi TikTok, yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif. – 8 Julai, 2024.

RAKYAT  SOKONG

LAWAN BULI

SIBER

AMIN

PATUT JUGA

ADA AKTA

LARANG SKMM

BULI RAKYAT

AMIN

SKMM DATANG

RUMAH

RAMPAS KOMPUTER

AMIN

SKMM TUTUP

TUTUP AKAUN

INI BULI  NAMANYA

AMIN

PEMBULI DARI

SKMM 

LEBIH BAHAYA DARI PEMBULI SIBER

KHALAS

Tiada ulasan: