Isnin, 8 Julai 2024

GENCATAN SENJATA - RUNDINGAN MASIH BERJALAN


Hamas tunggu maklum balas Israel mengenai gencatan senjata


KAHERAH: Pejuang Hamas berkata pihaknya kini sedang menunggu maklum balas Israel mengenai rundingan gencatan senjata bagi menamatkan perang yang sudah berlarutan selama sembilan bulan.

Seorang pegawai Hamas yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, pihaknya telah memberi jawapan kepada pengantara dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak Israel.

Pelan tiga fasa itu dikemukakan pada akhir Mei oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, selepas ia disyorkan oleh kerajaan Israel dan sedang diketengahkan oleh negara pengantara, Qatar dan Mesir, kepada pihak berkenaan.

Ia bertujuan menamatkan perang dan membebaskan sekitar 120 tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas serta banduan Palestin di penjara Israel.

Seorang lagi pegawai Hamas yang mempunyai maklumat mengenai perbincangan gencatan senjata yang sedang berlangsung itu berkata, Israel kini sedang berbincang dengan Qatar mengenai perkara itu.


"Mereka berbincang mengenai gencatan senjata berkenaan dan Israel berjanji untuk memberi maklum balas berkenaan dalam beberapa hari lagi," katanya.

Bagaimanapun, Israel sehingga kini masih belum membuat sebarang komen segera mengenai perbincangan berkenaan.

Hamas yang mentadbir Gaza sebelum ini telah menggugurkan tuntutan utama bahawa Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian.

Seorang pegawai Palestin yang mempunyai kaitan dengan usaha damai berkenaan berkata cadangan terbabit boleh membawa kepada perjanjian rangka kerja dan jika diterima oleh Israel, akan menamatkan perang berkenaan.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS, William Burns akan pergi ke Qatar pada minggu depan untuk melakukan rundingan berkenaan.

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu telah menyebabkan lebih 38,000 rakyat Palestin terkorban. - REUTERS

GENCATAN

SENJATA

APAKAH INI

BETUL?

AMIN

JANGAN HANYA

TAKTIK ISRAEL

UNTUK CARI MASA

UNTUK BERNAFAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: