Isnin, 29 Julai 2024

JALAN RAYA JAWAPAN SEGERA


MCA mahu Putrajaya pertimbang semula keperluan lesen media sosial

MCA hari ini meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula keperluan lesen media sosial yang baharu dengan amaran ia mungkin membuka ruang untuk penyalahgunaan.

Timbalan Presiden MCA Dr Wee Jeck Seng yang juga ahli Parlimen Tanjung Piai berkata keperluan baharu ini berisiko memberikan pelbagai kesan jika disalahgunakan oleh pihak-pihak yang berniat buruk.

“Ini berpotensi mempengaruhi kebebasan bersuara awam. Penindasan terhadap kritikan dalam talian yang membina boleh menghalang kemajuan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan rangka kerja pengawalseliaan untuk media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet pada 1 Ogos yang akan dilaksanakan menjelang Januari 2025.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memberi amaran kegagalan mendapatkan lesen selepas tarikh berkuatkuasa akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Idea di sebalik keperluan lesen ini adalah untuk menangani isu buli siber dan jenayah siber.

Semua rangkaian media sosial dan pemesejan dalam talian di Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar mesti memohon lesen kelas Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Wee berkata undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menguruskan isu keselamatan di platform media sosial.

“Isu sebenar terletak pada penguatkuasaan yang tidak memadai, bukan kekurangan peraturan. Menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih berkesan adalah lebih baik daripada memperkenalkan sekatan baru untuk menutup kelemahan penguatkuasaan,” katanya.

Wee juga berkata dasar baru ini mewakili satu bentuk kawalan terhadap platform media sosial.

“Kebanyakan negara tidak mengamalkan langkah sedemikian untuk mengawal media sosial kerana ia boleh secara tidak langsung menindas kebebasan bersuara dan kritikan membina terhadap kerajaan.

“Ia boleh merosakkan kedudukan antarabangsa Malaysia dan menghalang pelaburan asing disebabkan oleh ketidakstabilan dan dasar yang tidak konsisten, dan seterusnya, memberi kesan buruk kepada ekonomi dan reputasi kita,” tambahnya.

Dia menambah bahawa, daripada menambah sekatan, kerajaan harus meningkatkan pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan internet.

“Internet yang terbuka dan bebas adalah penting untuk masyarakat demokratik. Kerajaan perlu meningkatkan ketelusan dan komunikasi, memastikan penggubalan dasar yang adil.

“Mempertimbangkan semula keperluan lesen ini dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan adalah penting untuk kemajuan dan pembangunan Malaysia,” kata Wee.

Hari ini Lawyers for Liberty (LFL) juga berkata kerajaan boleh menangani isu buli siber dan jenayah siber dengan peraturan tanpa memerlukan platform media sosial untuk memperoleh lesen.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata terdapat kebimbangan bahawa rejim pelesenan baharu boleh terbuka kepada penyalahgunaan kerajaan untuk memadamkan suara penentang atau pengkritik dalam talian.

“Pelesenan platform media sosial adalah tidak perlu dan menimbulkan bahaya serius kepada hak demokrasi kita untuk mengkritik atau mempersoalkan kerajaan.

“Perlu diingat bahawa kerajaan ini sudah mempunyai rekod prestasi memaksa penyingkiran kandungan politik kritikal dengan membuat permintaan kepada pengendali media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 29 Julai, 2024.


JALAN RAYA

JAWAPAN SEGERA

AMIN

TAK TURUN

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: