Isnin, 29 Julai 2024

MAT SABU DI VENEZUELA


MAT SABU

DI CARACAS


Hari ini saya mengiringi YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perikanan dan Akuakultur Venezuela Juan Carlos Loyo. Perdagangan sektor perikanan kedua-dua negara masih rendah di mana nilai import Malaysia dari Venezuela sekitar USD2,264 juta dan nilai eksport Malaysia ke Venezuela sekitar USD255 ribu bagi tahun 2023. Kebanyakan ikan yang didagangkan adalah fillet, hasil pemprosesan ikan dan crustacean. 

Menteri Juan Carlos memaklumkan kebanyakan nelayan mereka terlibat dengan sektor laut dalam di mana terdapat 200 buah vessel dalam tangkapan tuna. Sektor tangkapan ikan marin mencukupi (ssl) dan mereka mahu menumpukan sektor akuakultur di mana permintaan udang putih (venamai) cukup tinggi di sini. Mereka juga berminat dengan ternakan udang harimau (monodon). Saya maklumkan mereka bahawa industri akuakultur di Malaysia semakin berkembang baik dengan kekuatan 30% daripada keseluruhan pengeluaran ikan. Justeru, mereka berminat untuk menjalinkan hubungan pintar untuk pemindahan teknologi dan latihan dalam industri ini.

https://www.facebook.com/share/p/uQuVqaWkmUdnH34d/?mibextid=WC7FNe

Tiada ulasan: