Isnin, 22 Julai 2024

NAJIB NAK IKUT ZAHID



Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib-Irwan untuk DNAA kes pecah amanah

BEKAS perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas setiausaha kewangan Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini gagal mendapatkan permohonan supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan pecah amanah terhadap harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin berkata permohonan DNAA dari pihak pembelaan ditolak dan memerintahkan semua pihak bersedia untuk perbicaraan pada 14 November.

Hakim sebelum ini berkata perbicaraan yang sepatutnya bermula pagi ini tidak dapat diteruskan.

Beliau mencatat bahawa pihak pendakwaan belum menghantar semua dokumen kepada pihak pembelaan untuk membolehkan peguam Najib dan Mohd Irwan Serigar memberikan kenyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan bermula.

Peguam Najib, Farhan Shafee dan peguam Irwan, K Kumaraendran memohon DNAA atas alasan pihak pendakwaan belum menghantar kepada mereka set lengkap dokumen yang dijangka untuk digunakan dalam perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini juga membenarkan beberapa penangguhan kerana pasukan pembelaan masih belum menerima dokumen yang diperlukan untuk pembelaan dua tertuduh ini.

Ini adalah percubaan kedua Najib dan Mohd Irwan untuk mendapatkan DNAA. Permohonan sebelumnya ditolak pada Mac 2022.

DNAA bermaksud tuduhan terhadap Najib dan Irwan boleh ditarik balik oleh mahkamah tetapi pendakwaan boleh mengemukakan semula tuduhan yang sama untuk dihadapkan ke perbicaraan apabila dokumen sudah lengkap.

Pada 25 Oktober 2018, Najib, 70, dan Mohd Irwan Serigar, 66, mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion dalam dana kerajaan yang melibatkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan di Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersamaan dengan Seksyen 34 Kanun sama yang memberikan hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan serta denda jika disabit kesalahan. – 22 Julai 2024.



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

NAJIB NAK IKUT

ZAHID

AMIN

GUAN ENG PUN

NAK IKUT ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: