Isnin, 22 Julai 2024

LAWAK SEDIH DARI PALESTIN


PLO ialah wakil sah tunggal rakyat Palestin

RAMALLAH: Kepresidenan Palestin pada Sabtu menegaskan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ialah wakil sah tunggal rakyat Palestin dan memegang hak eksklusif untuk menentukan masa depan mereka.

"Tiada entiti, termasuk pihak pendudukan atau mana-mana pihak lain, yang mempunyai keabsahan di Gaza, Tebing Barat atau Baitulmuqaddis tanpa penerimaan rakyat Palestin dan kepimpinan mereka," kata jurucakap rasmi Kepresidenan, Nabil Abu Rudeineh, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada laporan mengenai Washington yang membincangkan masa depan Gaza dengan pihak lain, sambil menyatakan tindakan sedemikian tidak sah dan tidak boleh diterima oleh rakyat Palestin.

Beliau juga menekankan keutamaan segera untuk menghentikan pencerobohan Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap rakyat Palestin, bukannya memberi tumpuan kepada rancangan pascaperang.

Sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Abu Rudeineh mengulangi kehadiran Israel di Gaza dan Tebing Barat tidak sah.

Beliau menegaskan Palestin mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah-wilayah itu, termasuk Baitulmuqaddis.

Jurucakap itu menyimpulkan kenyataannya dengan menegaskan pengakhiran pendudukan Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya penting untuk keselamatan dan kestabilan serantau. – BERNAMA-WAFA

WOIT

SELAMA INI

PLO HILANG

KE MANA ?

KAH KAH KAH

HAMAS  HISBULLAH

HOUTHI SERANG

ZIONIS ISRAEL

PLO SENYAP BISU

AMIN

KENAPA BERSUARA

SEKARANG ?

AMIN

ADA FULUS 

DARI MANA?

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PLO people like obor-obor