Jumaat, 12 Julai 2024

PAS MASUK KERAJAAN ?



Pas jumpa pemimpin PKR, terokai Pakatan baharu?
JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Pas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha untuk ‘menerokai’ pakatan politik baharu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu yang tidak menyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut diadakan percaya, perjumpaan tersebut ada kaitan usaha ‘tebuk atap’.

“UMNO tidak hairan pemimpin dua lawang Pas telah buat perjumpaan tertutup dengan pemimpin ‘ambitious’ PKR. Kononnya menerokai pakatan baru. Tebuk atap masih ‘on’. ‘Did not finish’ (DNF),” ujar beliau dalam hantaran terbaharu Facebook miliknya hari ini.

Istilah tebuk atap sebelum ini merujuk kepada usaha mewujudkan kerajaan baharu menerusi kerjasama parti politik atau gabungan politik dan bukan daripada mandat pilihan raya umum (PRU).

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi parti tersebut diterajui Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pendirian Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas adalah tepat sekali selagi Hadi menjadi Presiden Pas.

“Hadi tidak konsisten. Dia lemah dan mudah dipengaruhi oleh beberapa pemimpin lain yang mahu Pas jadi parti dominan orang Melayu.

“Kelahiran Parti Amanah Nasional (PAN) adalah bukti lemahnya kepimpinan Hadi.  Mohamad Sabu,  Dr Mujahid  Dr Dzulkefly (Ahmad), Mahfuz Omar dan  Sallahudin Ayub bukan kecil anak.

“UMNO tidak boleh dipatuk ular dua kali. Selagi Hadi Presiden Pas, Pas akan ubah keputusan sesuka hati,” ujar beliau.

Mohd Puad mendakwa, minda Hadi dikawal orang di sekelilingnya yang ekstrem.

Sebelum ini Abdul Hadi Awang menegaskan beliau terbuka untuk bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Namun, Abdul Hadi menegaskan keterbukaannya itu mestilah tidak lari dari prinsip, matlamat dan perjuangan Pas.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendedahkan terdapat pihak-pihak yang menghubunginya dengan tawaran untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan. –

MELAYU TAK

SOKONG ANWAR

AMIN

MELAYU TAK

SOKONG PKR

AMIN

ADA DUA CARA

ANWAR DAPAT

SOKONGAN MELAYU

AMIN

PERTAMA :

ANWAR MASUK

PARTI UUMNO

AMIN

KEDUA AJAK

PAS MASUK SAMA

DALAM KERAJAAN

AMIN

TOLAK ZAHID

TOLAK DAP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: