Ahad, 14 Julai 2024

SAPA DI SPRM BUNUH BENG HOCK?


Keluarga Beng Hock tagih keadilan, janji 15 PH – Yan Ke

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan ahli persatuan sanggup berjalan kaki sejauh 30 kilometer selama tiga hari dari Plaza Masalam, Shah Alam hingga Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur untuk menuntut keadilan.

Jurucakapnya, Wong Yan Ke berkata, kematian Beng Hock selepas disiasat di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjadi tanda tanya dan esok merupakan ulang tahun pemergiannya yang ke-15 tahun.

“15 tahun lalu, seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock telah mati di bangunan SPRM, tapi sehingga kini, ahli keluarga Teoh Beng Hock masih mencari kebenaran.

“Kita tunggu jawapan daripada kerajaan sama ada mereka boleh tangkap dan siasat pegawai SPRM yang terlibat.

“Namun demikian sampai sekarang, walaupun kita sudah bertukar beberapa kali kerajaan, kita masih tak dapat jawapan dan kebenaran,” katanya kepada MalaysiaGazette, selepas berjalan kaki bersama kira-kira 30 peserta dari Taman Medan, Petaling Jaya ke Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mendiang Beng Hock yang juga bekas pembantu EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dipanggil SPRM sebagai saksi untuk membantu siasatan mengenai dana kawasan pilihan raya pada 15 Julai 2009.

Bagaimanapun, Beng Hock yang juga bekas wartawan Sin Chew Daily ditemui mati selepas mayatnya ditemui di atas bumbung tingkat lima di bangunan bersebelahan pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Yan Ke berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan menagih janji daripada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menyelesaikan kematian misteri itu kerana mereka kini sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kami memang nak jawapan daripada kerajaan terutama Kerajaan Perpaduan, komposisinya bukan sahaja Barisan Nasional (BN), bahkan ada PH.

“Dari dulu sampai sekarang, PH telah memberi banyak janji tak kira janji untuk reformasi atau janji kepada ahli keluarga Teoh Beng Hock untuk menyiasat dalam kes ini,” katanya.

Yan Ke berkata, sepatutnya pemimpin PH tidak berdolak-dalih lagi dalam menunaikan janji kepada keluarga Beng Hock yang masih tertunggak hampir 15 tahun kerana mereka kini adalah kerajaan.

“Mereka kata dulu mereka adalah pembangkang, sebab itu mereka tidak boleh buat apa-apa, hanya boleh boleh menyuarakan pendapat mereka sahaja.

“Tapi sekarang menjadi salah satu ahli daripada Kerajaan Perpaduan, maka mereka ada kuasa daripada eksekutif untuk terus menyiasat kes ini,” katanya lagi. – 

PASTI ADA

PEGAWAI DALAM

SPRM YANG

TAHU SAPA DERA

BENG HOCK

HINGGA JATUH

DARI BANGUNAN

AMIN

APKAH INI JUGA

AKAN JADI KES

DI LUAR TABII

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akta bunuh diri patut diwujudkan semula..