Ahad, 14 Julai 2024

BUNUH TRUMP - PROJEK SAPA?




Suspek penembak Trump terbunuh - Perkhidmatan Rahsia AS

WASHINGTON: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek penembak calon Presiden AS, Donald Trump di Pennsylvania pada Sabtu.

Dalam kenyataan di X, agensi keselamatan itu menyatakan suspek berkenaan sudah meninggal dunia.

"Seorang yang disyaki penembak melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar perhimpunan.

"Perkhidmatan Rahsia AS segera bertindak balas dengan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat dan sedang dirawat," menurut Ketua Komunikasi agensi itu, Anthony Guglielmi.

Beliau berkata, seorang penonton juga maut, sementara dua lagi mengalami cedera parah.

"Kejadian itu dalam siasatan dan Perkhidmatan Rahsia AS sudah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)," katanya.

Sementara itu, Trump mengesahkan terkena tembakan pada bahagian telinga kanannya.

"Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya. Banyak pendarahan berlaku," kata Trump di platform Truth Social.

Tembakan dilepaskan ketika kempen Trump pada Sabtu, mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai dan penyokong yang hadir.

Selepas tembakan, Trump dilihat memegang telinga kanan, kemudian menurunkan tangannya ke bawah, sebelum melutut untuk berlindung di belakang podium.

Keadaan itu memaksa ejen Perkhidmatan Rahsia mengerumuni dan melindunginya, sebelum beliau bangun kira-kira seminit kemudian, tanpa memakai topi merahnya tertera tulisan 'Make America Great Again'. - REUTERS

SASPEK DGN

PANTAS DIBUNUH

JENG JENG JENG

TAK SEMPAT

NAK DI TANYA

JENG JENG JENG

INI PROJEK

DEEP STATE?

JENG JENG JENG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: