Isnin, 26 Ogos 2024

BAHAYA DISANA SINI


Keselamatan jalan raya perlu jadi keutamaan bersama, kata kumpulan pengguna

KUALITI jalan raya di Malaysia yang rendah, dengan berlubang dan permukaan yang tidak rata, sering menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya di negara ini, kata kumpulan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata laporan menunjukkan kira-kira 60% jalan raya persekutuan di negara ini sudah tua dan perlu dibaiki dengan segera.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada menaik taraf jalan ini dan pada masa sama mengenakan hukuman lebih berat terhadap kenderaan komersial lebih muatan.

“Kajian menunjukkan kenderaan seperti ini yang membawa kepada kerosakan jalan raya, terutama di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Sifar Kemalangan.

Data menunjukkan 600,000 kemalangan jalan raya dilaporkan tahun lalu menyebabkan 6,443 kematian. Pada 2022, 545,588 kemalangan dilaporkan dengan 6,080 kematian, manakala pada 2021, sebanyak 370,286 kemalangan direkodkan dengan 4,539 kematian.

“Pasca Covid-19, berlaku peningkatan ketara kemalangan jalan raya, dengan penunggang motosikal paling kerap menjadi mangsa.

“Penting untuk dinyatakan kemalangan yang dilaporkan tidak termasuk berapa banyak pula kemalangan kecil yang tidak dilaporkan,” katanya, menambah jumlah kemalangan seumpama itu sangat membimbangkan.

Beliau turut merujuk kepada satu kajian pada 2008 yang menunjukkan 27% daripada sejuta kenderaan komersial yang berdaftar di negara ini, terlebih muatan yang menyebabkan jalan raya mulai rosak dalam tempoh tiga tahun pertama, walaupun jalan ini direka untuk bertahan hingga sedekad.

Mohideen berkata satu lagi faktor yang menyumbang kepada jalan raya teruk adalah kerja pembaikan tidak berkualiti dilakukan kontraktor pihak ketiga.

Pada 2018, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya menyatakan kontraktor gagal memenuhi standard pembaikan diperlukan.

“Bayaran kepada kontraktor yang menjalankan kerja tidak berkualiti sepatutnya ditahan hingga kerja mereka menepati standard diperlukan,” katanya.

Beliau menekankan tanpa mengira keadaan jalan raya, pengguna perlu mengamalkan etika jalan raya yang baik bagi mengelak berlakukan kemalangan, sama ada kecil atau membabitkan kematian. – 26 Ogos, 2024.

WOIT

JALAN KAKI

MASUK LUBANG

AMIN

NAIK KERETA

KENA LANGGAR

AMIN

BALA  BAHAYA

SANA SINI

AMIN

KAHLAS

Tiada ulasan: