Isnin, 26 Ogos 2024

KES JATUH LUBANG


Tiada petunjuk baharu, operasi mencari wanita jatuh lubang diteruskan

TIADA petunjuk baharu dalam pencarian pelancong warga India, Vijayaletchumy, 48, yang jatuh ke dalam lubang jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu, lapor Bernama.

Selepas 72 hari, operasi mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang hasil.

Pasukan menyelamat yang terdiri daripada 104 anggota agensi keselamatan dan pihak berkuasa, meneruskan operasi pada 9.30 pagi semalam. Pencarian di lima pembentung Indah Water Konsortium tidak berhasil menemukan apa-apa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan IWK mengadakan mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Shariff.

Mereka memutuskan untuk menggunakan teknik “flushing” di pembentung kelima dan keenam, berhampiran Bank Pertanian Lebuh Pasar Besar dan bulatan Kinabalu, berikutan arus air di kawasan ini agak perlahan. Operasi itu bermula malam tadi dan masih berjalan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut memantau perkembangan operasi itu semalam berkata pencarian mangsa akan diteruskan.

Sementara itu, penduduk di 160 unit rumah pangsa Malayan Mansion yang terletak kira-kira 50 meter dari lubang itu, meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Mereka bimbang hujan lebat akan menjejaskan struktur tanah di kawasan itu.

Maimunah bagaimanapun memberi jaminan Kuala Lumpur termasuk Jalan Masjid India, adalah selamat. – 26 Ogos, 2024.
  

DIHARAPKAN

MAYAT WANITA

INI AKAN DITEMUI

AMIN

SEGALA USAHA

KITA JALANKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: