Ahad, 18 Ogos 2024

CARA BUAT DUIT


Pengeluar vaksin mpox sedia hasilkan 10 juta dos

HELLERUP: Pengeluar ubat Denmark, Bavarian Nordic bersedia menghasilkan sehingga 10 juta dos vaksin mpox menjelang 2025 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan lonjakan virus di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam global

Syarikat itu, satu daripada beberapa firma ubat yang menghasilkan vaksin mpox sudah memaklumkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika bahawa pihaknya boleh mengeluarkan 10 juta dos vaksin menjelang akhir 2025 dan juga boleh membekalkan sehingga dua juta dos tahun ini.

Syarikat itu berkata, mereka sedang mengembangkan rangkaian pengeluaran untuk memasukkan Afrika, dan bersedia untuk bekerjasama dengan CDC Afrika serta WHO untuk menjadikan vaksin terbabit boleh diakses oleh semua negara.

Awal minggu ini, WHO mengisytiharkan kes lonjakan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.

Ia adalah tahap amaran tertinggi, dengan kes Clade 1b melonjak di Republik Demokratik Congo (DRC) dan merebak di luar sempadannya.

Jangkitan virus itu yang menyebabkan luka penuh nanah dan gejala seperti selesema biasanya ringan, tetapi boleh membunuh.

Dua strain kini merebak di Congo dan negara jiran-bentuk endemik virus clade I dan cabang baharu dipanggil clade Ib.

Terdapat 27,000 kes dan lebih 1,100 kematian, terutama dalam kalangan kanak-kanak di Congo sejak wabak semasa bermula pada Januari 2023.

Sementara itu, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) memaklumkan pihaknya meningkatkan usaha tindak balas terhadap lonjakan kes demam berdarah di seluruh Afrika. 

"IFRC berada di barisan hadapan dalam tindak balas terhadap wabak mpox di Afrika, dengan pengalaman luas menguruskan wabak penyakit sebelumnya seperti Ebola dan COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.

IFRC berkata, agensi itu mempunyai rangkaian luas lebih empat juta sukarelawan dan 14,000 kakitangan di seluruh benua, dan rangkaian mereka menyediakan sokongan kritikal kepada kerajaan, termasuk pengawasan berasaskan komuniti, komunikasi risiko dan pembabitan komuniti serta perkhidmatan kesihatan mental.

"Peningkatan mendadak dalam kes campak di Afrika amat membimbangkan dan kebimbangan kesihatan awam yang serius. Ini bukan hanya isu tempatan, ia adalah ancaman benua yang menuntut tindakan segera dan diselaraskan,'' kata Pengarah Wilayah IFRC, Mohammed Omer Mukhier dalam satu kenyataan.

PENGALAMAN

PENDEMIK KOBID

AMIN

TERNAK VIRUS

SEBAR VIRUS

AMIN

TAKUT KAN

UMAT MANUSIA

DENGAN MATI

 KERANA VIRUS

AMIN

WHO MAIN

PERANAN TUKANG 

BERI DUNIA  TAKUT

AMIN

KILANG UBAT

BUAT VAKSIN

AMIN

WHO  PAKSA

NEGARA BELI

AMIN

HARI INI PFIZER 

ASTRAZANECA

TERBUKTI VAKSIN

KARUT MENIPU

AMIN

WAYANG INI

NAK DI ULANG

TAYANG SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: