Khamis, 15 Ogos 2024

JADI PENYEDAP



Taliban larang 1.4 juta

 gadis ke sekolah 

di Afghanistan 

sejak 2021 - UNESCO
PARIS: Kerajaan Taliban di Afghanistan menyekat akses pendidikan kepada 1.4 juta gadis sejak mengambil alih pentadbiran negara itu pada 2021, menurut Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melihat generasi di Afghanistan mula terancam apabila sebegitu besar golongan muda dinafikan peluang untuk belajar.

Kata UNESCO lagi, akses kepada pendidikan rendah juga merosot dengan ketara, dengan hanya 1.1 juta kanak-kanak perempuan dan lelaki bersekolah.

Keadaan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas pihak berkuasa Taliban mentadbir semula Afghanistan pada 15 Ogos 2021, kini bertambah serius.

"UNESCO bimbang dengan kesan bahaya akibat kadar keciciran yang semakin besar ini, yang boleh membawa kepada peningkatan kes buruh kanak-kanak dan perkahwinan pada usia terlalu muda.

"Hanya dalam tiga tahun, pihak berkuasa de facto sudah hampir menghapuskan dua dekad kemajuan mantap untuk pendidikan di Afghanistan dan masa depan seluruh generasi kini dalam bahaya," katanya.

Agensi PBB itu mendakwa, hari ini, hampir 2.5 juta kanak-kanak perempuan dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan, iaitu mewakili 80 peratus kanak-kanak perempuan yang sepatutnya bersekolah di Afghanistan.

Pentadbiran Taliban, yang tidak diiktiraf oleh mana-mana negara lain, kini mengenakan sekatan pelbagai ke atas wanita, yang disifatkan PBB sebagai 'apartheid jantina'.

Afghanistan menjadi satu-satunya negara di dunia yang menghalang gadis dan wanita menghadiri sekolah menengah dan universiti.

"Akibat larangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa de facto, sekurang-kurangnya 1.4 juta kanak-kanak perempuan sengaja dinafikan akses kepada pendidikan menengah sejak 2021," kata UNESCO.

Ia dikesan meningkat sebanyak 300,000 berbanding kiraan sebelumnya yang dilakukan oleh agensi PBB pada April 2023.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay pula menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus bergerak 'supaya sekolah dan universiti dibuka semula tanpa syarat kepada gadis serta wanita Afghanistan'.

Kata UNESCO lagi, bilangan murid sekolah rendah juga berkurangan di Afghanistan, yang dikesan hanya mempunyai 5.7 juta murid perempuan dan lelaki di sekolah rendah pada 2022, berbanding 6.8 juta pada 2019.

Agensi PBB memberi alasan, pengurangan itu adalah disebabkan pihak berkuasa melarang guru wanita mengajar lelaki serta kekurangan insentif untuk ibu bapa menghantar anak ke sekolah.

Kata kenyataan itu, kemasukan di bidang pendidikan tinggi juga membimbangkan, dengan bilangan pelajar universiti dikesan susut sebanyak 53 peratus sejak 2021.

"Akibatnya, negara akan dengan cepat menghadapi kekurangan graduan yang terlatih untuk pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus memburukkan lagi masalah pembangunan," kata UNESCO. - AFP

JIKA PEREMPUAN

ADA PELAJARAN

DIA BOLEH BUKA

BOLEH TUTUP

KANG KANG

KAH KAH KAH

TANPA PELAJARAN

POMPUN TERUS

JADI PENYEDAP

AMIN

KETAT SENDAT

DAN PADAT

AMIN

INI AJARAN

ISLAM TALIBAN 

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: