Khamis, 15 Ogos 2024

POLIS BUKAN MAHKAMAH


Suspek kes pukul pemandu OKU mesti didakwa, kata peguam

SUSPEK dalam kes serangan yang melibatkan pemandu Grab OKU, Ong Ing Keong mesti didakwa mengikut prosedur biasa di bawah sistem keadilan jenayah, kata peguam Ong, N.Surendran.

Menjawab kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain semalam yang mendakwa tindakan telah diambil terhadap suspek, Surendran berkata perkara itu tidak boleh diambil kira sebagai perkara tatatertib dalaman polis.

“Kes ini bukan hanya melibatkan soal tatatertib polis. Ia melibatkan serangan yang dirakam dengan jelas pada video. Mangsa telah mengalami kesakitan, kecederaan dan trauma emosi.

“Ini adalah kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan, dan pendakwaan mesti dimulakan selaras dengan prosedur biasa di bawah sistem keadilan jenayah kita.

“Terdapat juga unsur kepentingan awam yang kuat kerana ia melibatkan serangan tanpa provokasi oleh anggota pasukan polis terhadap orang kurang upaya yang terlibat dalam pekerjaan hariannya,” kata bekas ahli parlimen itu.

Razarudin memberitahu sebuah akhbar harian semalam bahawa tindakan tatatertib telah pun diambil terhadap anggota polis pengiring VVIP yang dilaporkan telah mencederakan pemandu e-hailing orang kurang upaya dalam serangan di Hotel st Regis pada 28 Mei lalu.

Tambahnya, tindakan itu diambil serta-merta selepas siasatan dalaman oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada awal Jun lalu.

Beliau berkata mana-mana anggota polis yang terlibat dalam isu disiplin dikenakan tindakan seperti amaran, penahanan kenaikan gaji, penggantungan dan penurunan pangkat.

“Selain itu, dia juga disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Surendran menggesa Peguam Negara serta polis memastikan pertuduhan jenayah yang sewajarnya segera dimulakan terhadap pelaku.

“Bukti video boleh didapati, dan identiti suspek diketahui polis; tidak ada sebab untuk penangguhan lagi dalam memberikan keadilan untuk Ong Ing Keong,” tegasnya.

Pada hari Rabu, Lawyers for Liberty mendedahkan rakaman video Ong diserang oleh seseorang yang dipercayai pengiring keselamatan VIP.

Surendran, berkata penyerang masih belum dihukum walaupun polis mendakwa bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada AGC, sambil menambah bahawa dua surat telah dihantar kepada AGC berhubung perkara itu.

Dalam video berdurasi 90 saat itu, Ong Ing Keong boleh dilihat memandu keretanya menunggu penumpang untuk memuatkan beg di dalam but. Seorang lelaki berpakaian sut mengetuk tingkap kereta, mengarahkannya mengalihkan kenderaan itu. Pemandu itu menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu lelaki itu bahawa dia sedang menunggu penumpang.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi lelaki berpakaian sut muncul di tingkap sebelah pemandu dan menumbuk mangsa. – 15 Ogos, 2024.

WOIT

POLIS BUKAN

MAHKAMAH

AMIN

POLIS JUGA

BUKAN HAKIM

AMIN

HANYA MAHKAMAH

HANYA HAKIM

BOLEH BUAT

KEPUTUSAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: