Rabu, 21 Ogos 2024

KESEDARAN MELAYU




Pembangunan semula Dataran Merdeka perlu tekankan konsep warisan Melayu, kata PM

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata pembangunan baharu di sekitar Dataran Merdeka hingga ke Masjid Negara di Kuala Lumpur perlu menekankan konsep warisan Melayu.

Bercakap semasa pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Putrajaya pada petang Isnin, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pembangunan di ibu negara perlu mempunyai ciri yang unik.

“Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan koridor akan diubah menjadi kawasan warisan.

“Sudah tentu tonggak warisan Melayu harus kelihatan dalam imej pembangunan baru dari keseluruhan koridor dari Bangunan Sultan Abdul Samad,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sebelum ini bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim mencadangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menamakan kawasan ‘Dunia Melayu’ di ibu kota persekutuan yang mengandungi semua elemen yang mencerminkan kekayaan budaya dan warisan Melayu. – 20 Ogos, 2024.

PELUAS KUKUH

KESEDARAN MELAYU

AMIN

INI WAJIB

DI SOKONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: