Khamis, 29 Ogos 2024

MAHKAMAH NEGARA KAPIR


Pemulihan aset 1MDB susulan sabitan mahkamah Switzerland

MALAYSIA memperoleh keputusan mahkamah untuk pemulihan lebih AS$240 juta (RM1.17 bilion) dalam bentuk aset susulan sabitan dua individu penting dalam skandal kewangan antarabangsa 1MDB.

Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland dalam keputusannya semalam, mensabitkan dua individu penting dalam skandal 1MDB atas pelbagai kesalahan.

Patrick Mahony, seorang warga Switzerland-British dan Tarek Obaid, seorang warga Swiss-Saudi disabitkan bersalah menggelapkan lebih AS$1.8 bilion daripada 1MDB.

Pendakwa raya mendakwa Mahony dan Obaid membantu menubuhkan usaha sama dengan 1MDB dengan mewujudkan tanggapan syarikat mereka, PetroSaudi, disokong kerajaan Saudi.

Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun manakala Mahony menerima hukuman enam tahun.

Mahkamah mengarahkan aset mereka dirampas, termasuk hartanah dan dana yang disimpan dalam pelbagai akaun bank, berjumlah lebih AS$240 juta.

Aset ini akan dikembalikan kepada 1MDB sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mendapatkan dana yang dicuri dalam skandal tersebut.

Ahli lembaga pengarah 1MDB menerima baik keputusan mahkamah itu.

“Kami juga menyambut baik perintah rampasan dan pengembalian wang serta aset. Pemulihan ini dicapai dalam sebahagian strategi pemulihan pelbagai disiplin untuk menyokong dan menambah usaha rampasan jenayah yang sedang berlangsung.

“1MDB secara aktif menyokong pendakwa raya Switzerland sepanjang siasatan dan perbicaraan, termasuk dengan membuat aduan jenayah dan memberikan bukti untuk memastikan aset dikembalikan kepada negara.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Switzerland atas siasatan mereka yang teliti, yang memastikan sabitan ini,” kata jurucakap 1MDB dalam satu kenyataan malam tadi. – 29 Ogos, 2024.

MAHKAMAH

NEGARA KAPIR

JATUHKAN HUKUM

PENJARA PADA

PENCURI 1MDB

AMIN

APAKAH MAHKAMAH

MALAYSIA YG KLIM

ISLAMIK AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

AMIN

INI BEZA KAPIR

DAN

ISLAM YANG JELAS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

skrg Najib d penjara usaha ikhtiaq berterusan kot2 ada lagi ONG hehehe hahaha