Khamis, 29 Ogos 2024

SENI PERSEMBAHAN TULIN




Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan panggil ‘Raja Bomoh’

KUALA LUMPUR – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diminta untuk memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin susulan kehadirannya di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)   Mohd. Na’im Mokhtar berkata, nasihat perlu diberikan kepada Ibrahim dengan segara supaya perbuatannya tidak melanggar akidah dan menghina agama.

“Saya telah meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil individu tersebut dengan segera bagi memberikan nasihat tentang batas-batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti ritual yang bertentangan akidah Islam,” kata Mohd. Na’im dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Na’im, beliau mengambil maklum kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran Ibrahim di lokasi pencarian yang turut memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa warga India yang masih hilang.

Tambahnya, Ibrahim telah telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 2017 di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

“Individu tersebut membuat pengakuan bersalah. Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506),” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan Ibrahim hadir ke lokasi kejadian pada Rabu dan memaklumkan kehadirannya ke lokasi kejadian adalah untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

“Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasukan penyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

“Justeru, saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa,” katanya.

Empat individu dilihat membawa bunga kekwa berwarna kuning menarik perhatian orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat hadir di lokasi jam 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit dipercayai sebagai alternatif mencari mangsa yang masih belum ditemui.-

WOIT

KAH KAH KAH

BOMOH INI 

BUAT SENI

PERSEMBAHAN

AMIN

KALAU BOMOH

CAKAP SEORANG

DIRI PADA BATU

DIA DIANGGAP

SESAT

KAH KAH KAH

KALAU RAMAI

BERCAKAP PADA

BATU DIANGGAP

AMALAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: