Khamis, 29 Ogos 2024

TANAH MENDAP DI KAMPUNG ATTAP



Tanah mendap di Kampung Attap kejadian lama

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan berlaku kejadian tanah mendap di sekitar Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap hari ini, seperti yang tular di dalam media sosial.

DBKL dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook memaklumkan, gambar tersebut merupakan gambar lama dan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan di jalan tersebut telah dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegelisahan awam,” katanya.

Menerusi catatan sama, DBKL turut berkongsi gambar terkini di lokasi tersebut yang sudah diperbaiki dan selamat kepada orang ramai.

Terdahulu, tular di media sosial gambar kononnya berlaku kejadian tanah mendap terbaharu yang didakwa di Kampung Attap di sini, sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai.

Kes itu cuba dikaitkan dengan kejadian lubang benam di Jalan Masjid India yang menyebabkan seorang pelancong India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di situ, minggu lalu. – 

LAMA BARU

BERITA TANAH

MENDAP BUKAN

ISU

AMIN

YANG WAJIB

DIKETAHUI OLEH

WARGA IALAH

APAKAH KL SELAMAT?

AMIN

APAKAH ADA 

BANYAK

LUBANG DI BAWAH 

BANGUNAN DI KL?

AMIN

TERIMA KASIH

DAN AL-FATIHAH

 ACI PELANCUNG

YANG MATI HILANG

AMIN

KINI WARGA

KUALA LUMPUR

DISEDARKAN AKAN

BAHAYA WILAYAH

MEREKA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuala Lubang...Hmmm