Jumaat, 2 Ogos 2024

SATU LAGI PELUANG TIBAI ZAHID & ANWAR


Adun Mahkota meninggal dunia

ADUN Mahkota dari Umno Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Speaker Dewan Negeri Johor Puad Zarkashi mengesahkan kematiannya melalui hantaran di Facebook.

Sharifah Azizah berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan untuk pendarahan dalaman. Beliau dimasukkan ke hospital tiga hari lalu.

Ketua Penerangan Umno Johor Md Jais Sarday menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Md Jais berkata beliau mengenali Sharifah Azizah selama 40 tahun.

“Ayahnya adalah Allahyarham Syed Zain Al Shahab, bekas Speaker Johor,” menurut laporan The Star.

Katanya, Sharifah Azizah menjadi ketua Wanita Umno Bahagian sejak 1993.

Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN Mahkota pada pilihan raya negeri Johor 2022.

Sebelum itu, beliau adalah Adun Penawar dari 2018 hingga 2022. – 2 Ogos, 2024.

INI SATU LAGI

PELUANG BESAR

UNTUK TIBAI

ZAHID & ANWAR

AMIN

Tiada ulasan: