Jumaat, 2 Ogos 2024

SEDAP BERANCUK


Penduduk Malaysia dianggar 34.1 juta pada 2024 


JUMLAH penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan 1.9%, menurut Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2024, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan, Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata populasi rakyat meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan 0.7% daripada 0.8% pada tahun sebelumnya.

“Begitu juga, bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 13.6% pada 2024 berbanding 17.1% pada 2023,” katanya.

Mohd Uzir berkata, tiga negeri dengan peratusan penduduk tertinggi pada 2024 ialah Selangor (21.6%), diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (11.0%).

Beliau berkata Labuan dan Putrajaya mencatatkan peratusan penduduk terendah masing-masing pada 0.3% dan 0.4%.

Komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada tahun 2024 menurun kepada 22.2% berbanding 22.7% pada tahun 2023.

Mohd Uzir berkata komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.9% pada 2023 kepada 70.1% pada 2024, manakala peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas (usia tua) meningkat daripada 7.4% kepada 7.7 % dalam tempoh yang sama.

“Bumiputera menyumbang 70.4% daripada 30.7 juta rakyat pada 2024 (2023: 70.1%), tetapi komposisi kaum Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.4% (2023: 22.6%) dan 6.5% (2023: 6.6%).”

Beliau berkata dari segi jantina, lelaki mengatasi perempuan masing-masing sebanyak 17.9 juta dan 16.2 juta tahun ini, dengan nisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Secara keseluruhannya, semua negeri di Malaysia merekodkan lelaki melebihi perempuan kecuali Perlis (99) dan W.P. Putrajaya (98),” katanya. – 31 Julai, 2024.

BERANCUK 

MEMANG SEDAP

AMIN

TAPI SEKALI

SEKALA BUAT

JUGA ANAK

AMIN

JEPUN KOREA

SINGAPURA RAKYAT

MAKIN KURANG

AMIN

INI BAHAYA

UNTUK EKONOMI

AMIN

Tiada ulasan: