Sabtu, 17 Ogos 2024

TAK NAK BIDADARI


Hakim perintah gugurkan ‘Islam’ dari MyKad seorang lelaki

SELEPAS berjuang 10 tahun, Rieno Glant Oleant George, 28, akhirnya menang dalam usahanya mengeluarkan Islam sebagai agamanya daripada MyKad.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam keputusannya semalam, mengisytiharkan pemohon bukan seorang umat Islam dan memerintahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membetulkan kesilapan di kad pengenalannya.

George tersedar kesilapan itu ketika menerima MyKad miliknya pada usia 12 tahun.

Walaupun dibesarkan oleh neneknya dalam isi rumah yang semuanya Kristian di Kampung Buit Hill, Putatan, George dikenal pasti sebagai Muslim dalam dokumen itu – kesilapan ada kaitan dengan ibu bapanya yang memeluk Islam beberapa tahun selepas kelahirannya.

Ibu bapa George, yang berasal dari Penampang berkahwin di Gereja St Michael pada 1995.

Selama lebih sedekad, George melakukan pelbagai cubaan untuk membetulkan kesilapan itu. Beliau diberitahu oleh JPN, beliau perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah syariah.

George berkata mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa terhadapnya kerana beliau bukan Muslim.

Susulan itu, kes itu dibawa ke mahkamah sivil.

Hakim Zaleha Rose Pandin dalam keputusannya semalam berkata George tidak pernah menjadi Muslim dan arahan JPN supaya mendapatkan perintah mahkamah syariah tidak wajar.

Beliau mengarahkan JPN mengeluarkan MyKad baharu untuk George tanpa perkataan “Islam”. – 17 Ogos, 2024.

JELAS SOSOK INI

TAK MAHU

BIDADARI

AMIN

KIAT HORMATI

HAK DIA TOLAK

BIDADARI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: