Selasa, 22 Oktober 2024

ANWAR IBRAHIM BUAT LAWAK BERDIRI


ANWAR IBRAHIM

 BUAT

 LAWAK BERDIRI



Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia kelihatan semakin kerap bangun membuat lawak berdiri. Kah kah kah. Ini satu pencapaian yang maha hebat. 

Apa dia lawak berdiri ? 

Bro, Lu jangan risau. Dalam tulisan ini Gua akan terangkan sejelas mungkin – selawak mungkin – apa itu lawak berdiri. 

Lawak bukan satu yang baru. Lawak atau kelakar telah wujud dalam budaya umat manusia semenjak  dari zaman Lucy.

Lucy ? Siapa Lucy ini ?

Minah Lucy yang berumur lebih dari 3 juta tahun ini telah ditemui oleh pakar arkeologi Doland Johanson di Hadar Ethiopia  Afrika pada 24 November 1974 dulu.  Johanson ini seorang profesor di Sekolah Evolusi Manusia dan Perubahan Sosial di Arizona State University Amerika serta Pengarah Pengasas Institut Asal Usul Manusia. 

Bro, biar Gua jelaskan . Minah Lucy tidak tahu membuat lawak berdiri. Lucy –  nenek moyang kita ini adalah  sosok pertama yang hanya tahu bangun berdiri berjalan  dan tidak merangkak.  

Lucy  pandai berdiri tapi belum tahu melawak lagi seperti Perdana Menteri Malaysia ke 10.  Lucy hanya tahu bersuara. Lawak berdiri ini satu bentuk seni yang baru. Baru  wujud pada kurun ke 19. 

Di Tanah Melayu - dari ingatan Gua – di tahun  50n atau 60an – masa Gua baru masuk sekolah - kita ada A.R Tompel, ada S.M Salim,  ada Mat Kambing , ada Ibrahim Din, ada Wahid Satay dan ada Aman Belon. Dari Radio Malaya ada Ismail Bontak  melawak di udara.

Gua sempat  bertemu semua mereka ini kecuali Aman Belon yang tidak pernah sampai ke Kuala Klawang Jelebu untuk membuat persembahan.

Aman Belon Gua kenali melalui wayang Melayu dari Cathay Keris di Panggung Ruby Kuala Klawang.

Komedi atau lawak  berdiri ini  ialah persembahan yang ditujukan kepada penonton secara langsung, di mana Sang Pelawak akan  berdiri di atas pentas dan  berucap , berpidato untuk menyampaikan monolog jenaka dan satira yang kadangkala menggabungkan aksi fizikal. Aksi fizikal ini kadangkala berjoget bertandak  menyanyi untuk menarik hati penonton.

Bro, mustahil Lu  tak pernah melihat klip video  Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertandak , menyanyi dan berucap dalam YouTube. Ada kala pakai cermin mata hitam sambil menyanyi lagu Hindustan atau Tamil.

Kalau Lu belum pernah melihat Anwar Ibrahim buat lawak berdiri  ertinya Lu bukan warga Malaysia. Lu mungkin  Bangla atau pendatang haram dari China Merah yang hilang lesap tak pulang ke  negara asal.

Mungkin ramai akan  tersenyum geli kerana Gua berani berkata Anwar Ibrahim yang selalu jadi Imam ini selalu juga buat lawak berdiri.  Memang betul Si Anwar ini bukan hanya  selalu jadi Imam - Si Anwar ini juga selalu berucap mengeluarkan  hadis dan ayat-ayat suci. Untuk Gua inilah yang menjadi lawak. Ini juga genre lawak. Kah kah kah.

‘ Setahun Anwar Sebagai PM: Perangi Rasuah Tahap Maksimum..’ Ini tajuk dari Berita Harian 20 November 2023. 

‘Kerajaan MADANI sekarang berperang dengan rasuah, penyelewengan – Anwar’. Ini tajuk Berita pada  26 September 2024.

‘ Jangan Tolak Ansur Rasuah, Salah Guna Kuasa – PM Anwar.’ Ini tajuk berita dari Bernama pada 5 Oktober 2024 dulu.

Tajuk- tajuk berita ini amat jelas menunjukkan kerajaan Madanon ...opps... maaf kerajaan Madani  sedang  berkempen menentang rasuah. Opps .. silap... bukan berkempen tapi sedang berperang melawan rasuah.  

Bro.... ini perang rasuah ... macam  perang di Gaza – Palestin lawan Zionis Israel. Bunuh membunuh dan tawan menawan.

Rasuah di Malaysia ini bukan satu yang baru seperti virus dari Wuhan.  Satu ketika dulu lepas Mat Salleh balik kampung   Bani Melayu panggil rasuah  sebagai  tumbuk rusuk. Atau ambil duit bawah meja. Atau  duit  kopi. Paling cun istilah Bani Melayu  ialah makan suap. Istilah makan suap ini lebih tepat, cun dan lebih kelakar. Ada orang lain suapkan nasi ke mulut kita. Kah kah kah. Amin

Tapi semua Istilah-istilah  Melayu ini tidak digunakan lagi. Sekarang kita pakai rasuah. Perkataan rasuah ini berasal usul dari perkataan Tok Arab. Perkataan Arab diambil konon menunjukkan kita Islamik. Kalau Arab saja maknanya kita Islam dan bersunat.  Kah kah kah.

Rasuah mengikut definisi SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)  ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu  melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun.

Bro, definisi ini  Gua pungut dari laman SPRM. Bukan Gua reka sendiri. Lu jangan tuduh Gua  bikin penglipur lara sambil makan suap. Amin.

Ada satu klip video dalam YouTube. Dalam klip  ini  Gua nampak Anwar Ibrahim  berdiri bersama beberapa menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi.  Imam Anwar Ibrahim sedang memberi ucapan tentang dasar kerajaan Madani yang ingin memerangi rasuah dengan tatakelola baru.

Bila Gua lihat klip ini Gua ketawa terbahak-bahak sampai keluar kentut. Gua ketawa  kerana di sebelah  kanan Anwar Ibrahim tercegat  berdiri  Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi.  Mata si Zahid terkebil-kebil memandang Anwar yang sedang melakar dasar  Madani melawan rasuah. Kah kah kah.

Gua ketawa kerana rasuah dan makan suap dan duit kopi dan duit bawah meja ini semuanya ada pada Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi.  Mustahil bin Mustafa Si Anwar Ibrahim ini tidak tahu Zahid ini berhadapan dengan 47 kes rasuah.

Inilah yang menjadi tema lawak berdiri Anwar Ibrahim.

Gua tidak tahu apakah perasaan Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi yang berdiri di sebelah Anwar ketika Anwar berlabun tentang niat dan cita-cita Madani melawan rasuah.

‘ Kunta kinte...pukrak mukrak...  apakah Anwar ini sedang perli aku...’ Ini kata-kata yang mungkin  berlegar dalam kepala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid.

Bro, melawan dan memerangi rasuah ini bukan salah dan bukan jenayah. Kita semua wajib sokong agar Malaysia ini bebas dari barah rasuah ini. Tetapi bila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi  sendiri terlibat dalam rasuah dan tidak didakwa maka semua ini jadi lawak berdiri. Kah kah kah.

Orang Tamil di Brickfeilds berkata ‘... pundeklaaa nak lawan rasuah  kenapa Zahid  dan Sivakumar kaki rasuah tidak di tangkap..’ 

Orang China dari Balakong berkata ‘... lanchau  laaa.  ...rasuah...  Zahid .. Lim Guan Eng tak lak masuk jil...’

Peguam dari Bangsar berkata ‘.... Anwar.. fighting corruption... is he fucking serious... give me a break.... he should lock up Zahid and Guan Eng... and arrest himself too...’

Semua cabang dan semua kelas warganegara kita ini melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membuat lawak berdiri. Satu Malaysia sedang  geli ketawa kah kah kah.

Baru-baru ini  Anwar buat lawak berdiri  dengan wartawan dari luar negara.  Ini lawak berdiri bersama Mehdi-Hassan wartawan British- Amerika.

Dalam lawak berdiri ini Si  Mehdi telah mengorek punggung Anwar berkenaan Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi.  Anwar telah di tanya kenapa dia mengambil Zahid sebagai menteri yang terlibat dalam rasuah.

Pertanyaan Mehdi-Hassan ini telah memberi bola tanggung untuk Anwar mengeluarkan lawak-lawak dan komidinya. Tapi kali ini agak lain sedikit. 

Dulu di Amerika ketika di tanya wartawan Anwar akan membuka kesah  Nelson Mandela dan kesah Nurul Izzah menangis. Kali ini ‘punch-line ‘ Anwar kepada  Mehdi-Hassan lebih menggelikan. Lawak yang menggeli ketiak.

Anwar  melawak pada Mehdi-Hassan  dengan cerita bagaimana Datuk  Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi bebas dari tuduhan rasuah bukan kerana Anwar tetapi ini mengikut perundangan Malaysia. Kah kah kah. Ambik kau seketul  Mehdi-Hassan.

Esoknya  pada 7 Oktober 2024 Berita Harian membuat tajuk berita paling lawak sehingga seluruh negara ketawa berdekah dekah.  Ini tajuk Berita Harian  : Anwar fokus usaha banteras rasuah, tingkat tadbir urus dalam pembangunan Malaysia.

Gua rasa Si Anwar ini lebih hebat dari Mat Kambing. Lebih berjaya melawak dari Ibrahim Din dan S M Salim. Lebih lucu dari Ismail Bontak. 

Malah lawak berdiri Anwar Ibrahim boleh mengatasi lawak George Carlin (1937-2008) dari New York  atau lawak Mister Bean Rowan Atkinson dari London.

Sayang sekali orang kaya Alfred Benhard Nobel  (1833- 1896) tidak menyenaraikan  lawak untuk mendapat Hadiah Nobel. Jika tidak Gua sendiri akan   hubungi awek lama Gua dari Sweden  untuk merasuah Jawatankuasa Hadiah Nobel.... oops... silap .. untuk melobi bukan merasuah agar Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Nobel   Pelawak 2025.

Lawak paling terkini dari Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dibuat sesudah dia membentangkan  bajet di Parlimen yang  sekarang sedang bersidang.

Pada 18 Oktober 2024 portal mStar membuat tajuk berita : Anwar Kekal Tak Terima Gaji Perdana Menteri. Kah kah kah.

Lalu Gua terfikir kalau Si Anwar ini hendak membeli sebotol KY Jelly Towkay mana yang akan  beri sen kepada Anwar ....opps... ini satu kesah yang lain- kesah Rasuah Dan Gaji. Amin. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW . COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/10/22/anwar-ibrahim-buat-lawak-berdiri












 

Tiada ulasan: