Selasa, 22 Oktober 2024

TANDA PERANG AKAN SAMPAI



Kapal perang AS dan Kanada berlayar di perairan Selat Taiwan


TAIPEI: Sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) dan Kanada melintasi perairan yang memisahkan Taiwan dan China, seminggu selepas Beijing mengadakan latihan ketenteraan berskala besar di laluan sensitif itu.

AS dan sekutunya secara rutin melintasi Selat Taiwan sepanjang 180 kilometer itu untuk mengukuhkan statusnya sebagai laluan perairan antarabangsa, sehingga menyebabkan kemarahan Beijing.

Parti Komunis China tidak pernah memerintah Taiwan, tetapi menganggap pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menyatakan bahawa ia tidak akan menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai perairan berkenaan.

"Kapal perang itu adalah jenis Arleigh Burke, USS Higgins (DDG 76) dan fregat kelas Halifax Tentera Laut Kanada, HMCS Vancouver (FFH 331) telah melakukan transit rutin di Selat Taiwan pada 20 Oktober.

"Higgins dan Vancouver yang melintasi Selat Taiwan menunjukkan komitmen AS dan Kanada untuk mempertahankan kebebasan pelayaran bagi semua negara," kata Tentera Laut AS 7th Fleet dalam satu kenyataan.

China hari ini menyatakan bahawa tindakan AS dan Kanada telah mengganggu "keamanan dan kestabilan' di Selat Taiwan.

Jurucakap tentera, Kapten Li Xi dalam kenyataan berkata, Ketua Tentera Timur PLA sudah mengatur pasukan tentera laut dan udara bagi memantau serta bersiap siaga sepanjang transit itu sekaligus menangani situasi mengikut undang-undang dan peraturan.

Kementerian Pertahanan Taiwan pula memaklumkan bahawa kapal terbabit bergerak dari selatan ke utara di selat berkenaan dan situasi di laut dan ruang udara sekitarnya "kekal normal."

Beijing menghantar beberapa pesawat tentera, kapal perang dan kapal pengawal pantai untuk 'mengepung' Taiwan pada 14 Oktober lalu dalam pusingan keempat latihan besar dalam tempoh hanya lebih kurang dua tahun.

Taiwan turut mengerahkan "kuasa yang sesuai" dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan di pulau-pulau luar sebagai maklum balas kepada latihan berkenaan, yang menurut Beijing adalah "amaran tegas terhadap tindakan pemisah oleh pasukan 'Kemerdekaan Taiwan'"

Beijing meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taipei dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan menghantar pesawat perang dan pesawat tentera lain di sekitar pulau itu hampir setiap hari.

Kementerian Pertahanan Taiwan mendedahkan pihaknya mengesan 14 pesawat tentera China dan 12 kapal tentera dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi tadi.

SELESAI PERANG

UKRAINE MULA

PERANG TAIWAN

AMIN

INDUSTRI SENJATA

MAHU PERANG

TANPA HENTI

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan: