Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyelewng – Jawatankuasa Muzakarah MKI
KUALA LMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mendapati ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan menyelewng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak.
Selain itu, jawatankuasa tersebut mendapati ajaran berkenaan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengerusinya, Nooh Gadot berkata, pihaknya membincangkan mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem ketika bersidang pada 24 hingga 26 September lalu.
“Berdasarkan hujah-hujah an fakta fakta yang telah dikemukakan oleh penyelidik melalui kajian serta dapatan yang telah dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran, ucapan dan dialog yang disampaikan melalui media digital, Muzakarah telah yakin dan berpuas hati ajaran yang dibawa oleh Mhd Mohib Khouli adalah sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
2 ulasan:
yang tak sesat tetap terus menerus duduk dalam cerah tak p ke dalam gelap kelam gelita kahkahkah dalam cerah nampak jalan atau jalanraya lebuhraya ke putrajaya!!
siapa yang fitnah melayu ikut arab....
Catat Ulasan