PAGI INI
KHAMIS 2 JANUARI 2025
DAH MASUK HARI KE DUA
TAHUN 2025
KEMARIN KUALA LUMPUR
PANAS INDAH
DI KELANTAN DAN GANU
HUJAN DAN BANJIR
INI ADALAH PETANDA
PERUBAHAN IKLIM DUNIA
JABATAN KAJI CUACA
DAH BERI INGATAN
MUNGKIN KITA
AKAN DILANDA KEMARAU
MUSIM KERING AKAN SAMPAI
BILA?
KITA TUNGGU DAN LIHAT
DESAS DAN DESUS MEREBAK
PAS DAN GEROMBOLAN
NAK BERBAIK
JUSTERU BUAT DEMO
PADA SENIN 6 JANUARI
HARI NAJIB DI BAWA KE MAHKAMAH
DI PUTRA JAYA
DESAS DESUS JUGA
BERKATA
MALAM KEMARIN
GEROMBOLAN BERMESYURAT
APA AGENDA?
APA DI BINCANG?
HANYA GURU NANAK
YANG TAHU
AMIN
AMERIKA
DI NEW ORLEANS
SEORANG MAMAT
SHAMSUDDIN JABBAR
WARGA AMERIKA BAWA TRAK
LANGGAR ORANG RAMAI
DI KAWASAN PESTA
TAHUN BARU
20 ++ MATI
30++ CEDERA
DALAM TRAK ADA BENDERA ISIS
RUSIA
GAS DARI RUSIA KE EROPAH
MELALUI UKRAINE DI TUTUP
KEMARIN 1 JANUARI 2025
PERJANJIAN TAMAT DAN TIDAK
DI PERBAHARUI
EROPAH DALAM MUSIM SEJUK
KINI MENGIGGIL
UKRAINE
RUSIA TERUS MENYERANG
BANYAK KAWASAN KINI
DALAM TANGAN RUSIA
UKRAINE TAK ADA PENGGANTI
SOLDADU YANG MATI
SWITZERLAND
KERAJAAN LARANG
TUTUP MUKA BUDAYA ARAB
PAKAI TOPENG
SAPA DEGIL AKAN DI SAMAN
HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
KL & KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU INDAH
BERSAMA AWAN PUTIH
DI PINTU MASUK
RUMPUT SEDANG DI POTONG
HA HA HA
GUA SEDUT
AROMA RUMPUT HIJAU
YANG BARU DI POTONG
SATU NIKMAT PAGI
DARI BUKIT JAUH
HOW WOW BERSUARA
DALAM PADANG
TERKUKUR BERLAGU
PIPIT JUGA TAK MAHU KALAH
BERSUARA TAPI
BADAN TAK NAMPAK
DI JALAN PULANG
MURAI BERKICAU
INDAH CUKUP INDAH
HARI KEDUA TAHUN 2025
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS
BRO
JIKA LU PANCING AWEK
LU PAKAI UMPAN APA?
BRO
AMALKAN KETUM
UNTUK TAHUN 2025
BADAN YANG SEHAT
KUDRAT YANG KUAT
BRO
JIKA LU SELALU LUPA
TULIS DAN NOTAKAN
SEGALA PERKARA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan